::Kawan-kawanku yg kusayang::

Ubat mencuit rasa

Saturday 14 January 2012
Assalamualaikum buat kawan2 ttc ku sekalian,

Semoga kita sentiasa diberikan kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan penuh pengharapan..

Saya nak cerita sikit pasal ubat kampung yang diberi oleh makcik tukang urut dalam entri ini.

Sebenarnya ubat tu mengandungi beberapa hirisan kunyit dan ada serbuk warna kehitaman. Tak tahu pulak saya serbuk tu diperbuat dari apa, tapi kalau saya amati macam kulit-kulit kayu yang dah ditumbuk dalam lesung..hehe kena rendam dulu dengan air panas, pastu lepas dah suam2 barulah diminum.

Pertama kali saya meminumnya.....mak aih!!! Pahitnya ya ampun.. Sebelum ni dah beberapa kali jugak saya minum ubat2 kampung ni, tapi ini yang paling power pahit dia..uhuk2..

Saya kuatkan hati. Tutup mata, tutup hidung, saya habiskan jugak segelas. Begitulah rutin saya hari-hari. Dalam sehari adalah 3 4 kali saya minum. Sekali teguk saya akan cakap kat hati "nak anak"...pastu teguk lagi cakap lagi "nak anak" teguk lagi cakap lagi...hahaha begitulah sampai habis segelas. Selain tu saya pasang niat dan berdoa semoga usaha saya ni diberkati Allah SWT dan diberi keizinan untuk mengandung... Amin.

Lepas 2 hari saya minum, saya ada rasa tanda-tanda nak period macam sakit pinggang dan perut cramp. Sistem 'pembuangan' saya pun ada ok sikit berbanding sebelum ni kadang2 seminggu sekali dua je membuang..huhu

Sekarang ni saya hanya tunggu Cik P datang. Harap2 keluarlah dia dalam waktu terdekat ni. Dah rindu saya kat dia sebab lama menyepikan diri... ;p



2 comments:

Irtiyah said...

Salam

Saya pun pernah minum air kunyit, tp tak ingat dah ramuannya. Tapi mmg antaranya kunyit diparut. Pekat.. Mmg seksa nak telan.

Semoga usaha awak diberkqti dan berjaya :-) amin

Nur Qaseh said...

Walaikumsalam Irtiyah,

Amin..mudah-mudahan.. Berusaha selagi mampu kan..saya banyak dapat kekuatan lps baca entri2 awak. Terima kasih. :)

Post a Comment