::Kawan-kawanku yg kusayang::

Berurut ditemani suami dan mak mertua -Sesi urut #2

Wednesday 11 January 2012
Wah panjang je tajuk kan.. hehe 
Saje je, tak tahu nak bagi tajuk apa.. ;)

Malam tadi suami dan MIL temankan saya pegi berurut. Petang sebelum tu suami call time saya kat rumah mak. Suami beria ajak saya pegi berurut. Aiseh, tak pernah2. Lepas saya luahkan perasaan kat suami tempoh hari berkenaan dgn TTC ni, alhamdulillah suami ada perubahan. Sebelum ni bukanlah dia tak ambil kisah pasal benda ni, tapi yelah lelaki jarang nak tunjuk apa yang ada dalam hati dia kan...or dia nak jaga hati saya..ermm tak tahulah hehe

Saya balik dari rumah mak dah dekat maghrib, ada hal sikit. Suami call lagi. 

"Kat mana? Cepat sikit ye..petang tadi lagi abang janji dengan makcik tu..."

Berbunga hati saya bila suami bersemangat ajak pegi berurut. :)

Jam 8mlm kitorang bertolak. Suami ajak kawan dia sebab tak tahu rumah makcik tu. Makcik tukang urut tu nenek kepada isteri kawan dia tu.

Sampai2 aje makcik tu dah tunggu kat ruang tamu. Ada 2 3 orang pemuda (anak2 dia kot) tengah santai2 kat ruang tamu sambil tengok tv. Saya mula rasa tak selesa. Maunya makcik tu interview saya tentang period ke ape depan diorang, seganlah saya...
Tapi syukurlah, sporting jgk makcik ni. Diajaknya saya dan MIL masuk bilik, barulah dia interview saya sambil mengurut. Ingat tak saya pernah cerita sebelum ni tentang mtu yang cakap saya mengandung? Kalau nak baca klik kat sini

Tapi bila makcik ni rasa2 dia inform kat saya yang saya tak mengandung. Saya pun rasa begitu... Saya suka cara makcik ni urut. Taklah sakit sangat. Lepas tu dia siap explain lagi apa2 masalah kat perut.

"Hah yang sebelah kiri dah ok sikit.. belah kanan plak makcik nak tarik lagi sikit. Peranakan pun dah ke bawah ni, susah sikit nak tarik sebab dah lama sangat dibiarkan. Takpe, makcik cuba..kalau ada rasa sakit bagitau ye.."

Seronok aje rasa berborak dengan makcik ni sepanjang sesi berurut. Dia balik2 ingatkan saya yang dia hanya membantu setakat yang boleh. Tapi Allah SWT yang menentukan. Banyakkan berdoa dan jangan pernah berputus asa. Berusaha dan bertawakal setakat yang mampu. Mudah-mudahan Allah SWT beri izin dan rezeki untuk menimang cahayamata. AMIN.

Selesai saya berurut, tiba2 MIL pun teringin nak berurut jugak hehe..MIL pun sebenarnya selalu rasa sakit2 kat perut. Hampir 1 jam jugak kami kat bilik tu. Keluar aje suami pandang saya dengan pandangan penuh pertanyaan. Saya senyum aje. Sebelum balik makcik bagi ubat untuk diminum.

Sepanjang perjalanan balik rumah seronok aje saya rasa. Lebih2 lagi dengan sikap positif dari suami. Baik aje mood dia harini. Tak henti2 bergurau dengan kawannya tu. Saya dan MIL yang duduk kat belakang pun ketawa memanjang bila dengar cerita2 lucu diorang..hihi ;)

Sebelum tidur saya berdoa sungguh2 supaya Allah beri saya peluang untuk merasai pengalaman mengandung, melahirkan dan menjadi ibu kepada anak2 yang soleh dan solehah.
Amin ya rabbal 'alamin...

0 comments:

Post a Comment