::Kawan-kawanku yg kusayang::

Rahim Kecut? - Sesi urut #3

Friday 20 January 2012
Salam kawan2 ttc ku..

So apa kabar hari ni? Ada perkembangan bagus ke..or still at the same point.. Kalau yg dah ada peningkatan dari segi kesihatan or treatment, alhamdulillah. Kalau yg masih seperti biasa2 (macam saya) takpelah, yg penting teruskan usaha. Hidup ini haruslah dinikmati sebaik mungkin, kerana takkan ada peluang kedua.. Tak perlu stress2. Bila hati senang dan puas dengan apa yg dimiliki, insyaallah jalan menuju impian dipermudahkan.. Amin.

Hari ni saya nak cerita sikit pasal sesi berurut kali ketiga. Kat tempat yg sama masa saya pegi dgn suami dan MIL. Tapi kali ni saya dan suami aje yg pegi, MIL sibuk sikit. Biasalah, dah ada cucu baru. :)

So pagi2 lagi alarm dah bunyi. Semalam semangat set masa, tapi lepas off kan alarm handphone tak sedar terlelap balik daa...hehe pastu suami kejutkan. Pi mandi, siap2 dan kitorang bertolak dalam jam 8.30pg.

Macam tau2 je makcik tu kitorang datang, padahal tak inform dia pun..hehe. Sampai depan rumah dia, tengok dia tengah berdiri kat beranda rumah, macam menyambut ketibaan kami.

Lepas duduk2 kejap, sesi berurut pun bermula. Lembut je tangan makcik ni urut. Menurut beliau rahim saya ada perubahan sikit berbanding kali pertama dia urut hari tu. Ada 'timbul' sikit, sebab kalau dulu katanya tenggelam. Sebelah kiri dah ok. Sebelah kanan pulak ada sangkut2 sikit. Saya pun ada rasa sebelah kanan tu setiap kali dia nak tarik, macam ada benda yg menghalang. Sakit jugaklah.

Tengah makcik tu urut2, saya bagitaulah kat dia saya pernah minum air kunyit+asam jawa masa mula2 datang haid. Tapi bukanlah haid saya yg pertama. Kalau tak silap period yg ketiga atau pun selepas tu. Time tu saya darjah 6.

"Laa...patutlah!" jawab makcik tu.

Saya tanya kenapa. Dah tak sedap hati ni. Itu ke pasal saya sekarang jarang2 datang bulan? Time tu my mom and aunty tengah minum air kunyit+asam jawa. Katanya untuk cuci darah2 kotor yg masih tinggal kat dalam. Saya try la, kebetulan baru habis period time tu.

Makcik tu terus buat explanation:
"Air kunyit+asam jawa tu sebenarnya untuk orang baru bersalin. Untuk sembuhkan luka2 kat rahim. Kan orang baru beranak ni rahim dia masih kembang, jadi tu le kena minum air kunyit+asam jawa untuk mengecutkan rahim. Patutlah makcik susah nak rasa (sambil menekan-nekan perut) silap2 rahim engkau ni dah kecut..."

Mak aih!! Apa yg harus ku lakukan?

Saya terus mendengar lagi penerangan makcik tu dengan sabar dan teliti. Sambil tu saya tak putus2 berdoa semoga kesilapan lalu itu terkandung seribu satu hikmah...

"Tak apa nak. Semua tu Allah dah rancang, mudah-mudahan ada hikmahnya yg kita tak tahu. Kita berusahalah selagi mampu." Begitu makcik tu 'menyedapkan' hati saya.

Saya pun tanya kalau ada ubat utk mengembangkan semula rahim saya yg kecut ni. (sedih plak ckp mcm ni)

Dia kata kena urutlah selalu. Lepas tu makcik tu tanya tentang ubat yg dia bagi minggu lepas macam saya tulis kat entri ini

Saya bagitau yg saya tak period lagi walaupun dah minum ubat tu. Sebab menurutnya lepas je minum ubat tu akan keluar darah haid, kadang2 darah yg berwarna hitam dan berketul-ketul. Tapi saya tak alami semua tu (walaupun saya mengharapkan ia berlaku). Makcik tu kata lagi saya jarang2 period bukan sebab penyakit, tapi sebab rahim kecut. Tulah ubat dia bagi tu tak jalan.. huhu

Jadi kali ini saya diberi ubat kampung lagi. Lain sikit dari yg sebelum ni. Yg ni kena rebus, kalau ubat yg dulu just rendam aje.

Makcik tu pesan jangan putus berdoa dan minta hajat dengan Allah SWT. Kita berusaha, dan Allah SWT yg tentukan rezeki, Dia yg memberi keizinan utk sesuatu benda tu berlaku. Jangan sekali-kali berhenti berharap. Insyaallah..

Sedih jgk saya time dengar kata2 makcik tu... :'( 
Nasib baik suami ada jadi penghibur. :)

Dalam perjalanan balik, saya rasa senang hati dan bersemangat. Saya akan teruskan usaha dengan yakin dan tenang. Saya harap kawan2 ttc di luar sana pun terus kuat utk menghadapi ujian ini. Kita adalah wanita dan isteri terpilih utk melalui dugaan ini kerana Allah SWT sayangkan kita dan Dia mahu jadikan kita insan yang kuat, sabar dan tabah!

Allah SWT tak akan turunkan ujian dan dugaan hidup diluar kemampuan kita utk melaluinya, Dia tahu setakat mana kekuatan kita...

Jadi jgn stress2.. Enjoy this life ok!

Sampai ketemu lagi! :)
















0 comments:

Post a Comment