::Kawan-kawanku yg kusayang::

Perjalanan yang ditempuh

Wednesday 4 January 2012
Saya sebenarnya bukanlah seorang yang 'rajin' untuk buat treatment.. (padanlah tak preggy2 lg..huhu) Tapi itu dulu ok. Sekarang ni keinginan saya membuak buak untuk mendapatkan zuriat. Saya bukanlah tak berusaha langsung. Tapi bila baca blog kawan2 yang TTC tu terasa sangat yang usaha saya ni tak seberapa kalau dibandingkan dengan usaha diorang. Terus timbul rasa insaf...

Saya pernah cuba beberapa kaedah rawatan. Antaranya berurut, makan ubat hormon dan produk2 di pasaran yang kononnya akan memberikan peluang yang tinggi untuk hamil. Ok sebelum tu saya nak cerita sikit apa yang saya dah lalui:

Ogos 2007 
saya diijabkabulkan dengan suami terchenta..alhamdulillah

Ogos 2008 
1st time g klinik, nak tau pasal period yang tak regular. doc bagi ubat hormon dan teruskan makan selama 6bln. tapi saya makan utk 1bln aje..huhu

2009
1st time saya berurut, makcik tukang urut tu cakap peranakan saya 'tenggelam'. dia suruh datang lg minggu berikutnya, tapi saya tak datang...hmm

2010
saya ada cuba produk Maharani. sekotak harganya RM50. ok jugak even dia ada rasa panas sikit, tapi mengurangkan selera makan. ringan je badan
saya ada juga cuba  Bidadari keluaran DCL tu. tapi tak berapa nampak kesan dia coz habiskan sebotol aje. tapi rasa dia sedap!

Ogos 2011
saya cuba 1 produk, Maajun Anggun Bistari (MAB). saya akui banyak kesan positif, antaranya kerap 'membuang', kerap kencing dan buang angin dalam badan. badan pun rasa best je. ada rasa panas sikit, so kena minum air masak banyak2.


November 2011
saya stop makan MAB. sepatutnya kena makan 6 bulan, tapi saya ambil selama 4 bulan aje. MAB sebenarnya untuk yang merancang, kiranya macam pil perancang la. tapi untuk yang nak regularkan period boleh jugak. tapi saya makan 1st botol aje period ok. lepas tu ada sekali dua period tapi sikit sangat. tu pun 2 3 hari aje. saya pun stop macam tu je.


Macam tulah ceritanya serba sedikit. Sebulan lepas saya stop ambil MAB, saya g berurut dengan MIL. Ada sesuatu yang memeranjatkan. Nak tau? jeng3... Nanti saya cerita dalam entri seterusnya ok uols.....



1 comments:

zool said...

UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
(cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,(0148004302)

Post a Comment