::Kawan-kawanku yg kusayang::

Temujanji kedua hospital

Tuesday 22 May 2012


Salam,

Hai bertemu lagi kita kali ini. Sorry lama saya tak update entri. Bila tengah rajin nak update, bz plak memanjang. Bila free takde keja, malas pulak mengupdate... apakah?? huhu

Ok hari ini dah masuk CD26...kalau mengikut kitaran haid yg normal, mungkin dalam 2-3 hari lagi period akan datang. 2 hari lepas, saya dah rasa cramp kat perut dan pinggang. Mungkinkah tanda-tanda period?

Kesan ubat yg saya alami sebelum ni dah berkurang. Cirit-birit tu cuma sekali sekala aje. Yang kesan lain-lain tu, macam saya cerita kat entri ni pun dah tak terasa sangat. Ubat cephalexine dan urine alkalizer tu dah habis. Yahooo!

Sekarang saya menjalani kehidupan seperti biasa, cuma menunggu Miss P menjengah aje, baru boleh on clomid. Harap-harap sangat 2-3 hari ni muncullah Miss P ku....amin.

Ok semalam 21/5 saya ada temujanji kat hospital. Kena jumpa doktor sebab nak tengok kalau-kalau Metformin tu serasi dengan my body. Let me story sikit...

Jam 8.30pg tiba kat hospital. Orang tak berapa ramai lagi. Terus ambil nombor giliran utk jumpa doktor. Pakcik kat kaunter pendaftaran tu suruh saya pegi makmal dulu untuk ambik sample darah dan air kencing memandangkan saya dah ada surat (doktor bagi masa temujanji lepas) untuk kedua-dua sample tu.

So saya terus ke makmal dan ambil no. giliran. Dalam 10minit menunggu akhirnya saya pun masuk untuk ambil darah. Semalam dah puasa start jam 11mlm sampailah time ambik darah jam 9.00pagi.

Masa pembantu doktor tu cucuk kat sebelah atas telapak tangan, dia tarik balik jarum tu. "Sorry...sekali lagi k" saya angguk je sambil senyum. Dalam hati dah cuak..janganlah sampai 3-4 kali cucuk. Nasib baik cubaan yg kedua ok.

Saya tak pandang pun, pura-pura tengok sekeliling nak sedapkan hati. Lama jugak saya tunggu proses ambil darah tu selesai. Darah saya pekat sangat. Akhirnya selesai jugak. Alhamdulillah.

"Keputusan blood test ni dalam jam 11pagi ye dik" katanya. Aku angguk je. Lagi 2 jam kena tunggu. Lepas tu kena bagi sample air kencing pulak. Aku tak putus-putus berdoa semoga semuanya ok. Sempat lagi aku emosi sekejap mengenangkan situasi yg aku lalui sekarang ini. Rawatan kesuburan pun belum selesai, sekarang kena buat rawatan utk kencing manis pula...sedih je rasa hati duduk sorang-sorang kat hospital tu.....suami g keje.....sabarlah wahai hati......

Jam 10.50pagi result ujian darah dan urine dah ada. Aku pandang je result paper tu, tapi tak faham. Tak sabar nak tunggu penjelasan doktor.

Jam 12.30tghari baru dapat masuk bilik doktor. So doktor pun terangkan itu ini. Yg aku ingat doc cakap:

- bacaan kencing manis dah turun dari 12.7 ke 9.28.....syukur alhamdulillah
- lemak dan kolesterol pulak ada tinggi sikit, tapi masih di paras ok..yg penting kena banyak makan sayur-sayuran. Doktor suruh saya jadi vegetarian.
- melalui kedua-dua sample tu, diorang ada check saya punya buah pinggang..sebab selalunya penyakit kencing manis melibatkan buah pinggang..doktor cakap ok takde masalah.. happy sikit rasa hati

So selesai semua tu, saya pun dibekalkan ubat utk kawal kolesterol dan Metformin-masih ubat yg sama macam sebelum ni. Cuma doktor tambah bekalan sebab sebelum ni saya ambil 2biji sehari, sekarang kena ambil 3biji sehari. Saya diberi sekotak Metformin (90biji). Lepas tu jumpa doktor lagi pada 21/6 - sebulan dari sekarang.
Gemfibrozil 300mg - nilah ubat kolesterol yg saya kena ambil 1biji sehari

So sekarang dalam sehari saya kena ambil Asid folic (1biji), Gemfibrozil (1biji) & Metformin (1biji x 3 kali). Semoga segalanya bertambah baik dari hari ke hari. Oh ya..saya masih minum susu Anmum perisa coklat setiap hari waktu pagi dan malam.

Saya tahu di sebalik semua dugaan ini pastinya tersembunyi hikmah yang saya sendiri tak mampu mentafsirkannya. Allah Maha Mengetahui, dan Dia mempunyai perancangan untuk setiap hambaNya.

Setakat ini dulu entri saya yg panjang lebar ini. Kawan-kawan diluar sana sentiasa jaga kesihatan k, terutama TTCian yg telah dikurniakan rezeki untuk hamil, jaga kesihatan diri dan baby. Yg masih menanti macam saya dan rakan-rakan ttc yg lain, bersabarlah...teruskan usaha tanpa rasa jemu. Chaiyokkk2!!!

Sampai ketemu lagi ya......take care all!




Bye....



Kesan ubat

Friday 11 May 2012
Salam semua,

Nak cerita sikit kesan ubat-ubatan yang saya ambil start Isnin lepas.

Sehari dua lepas makan ubat saya tak rasa sangat lagi kesan dia. Sempat lagi cakap dalam hati, berkesan ke tak ubat ni kat aku..?? Huhu tak sabar2..

Dan keesokannya, iaitu bermula semalam dan hari ini saya betul2 rasa tak selesa. Antara yg saya alami:

1. cirit-birit
2. pening/sakit kepala
3. kuat berpeluh
4. lemah badan (kadang2 stress...)
5. kurang selera makan (part ni hepi sikit..kot2 kurang jgk lemak2 kat dlm bdn ni)

Satu lagi yg saya perasan, bila tidur malam air liur tak henti2 keluar...siap dgn kahak lg kejap2 kena bangun...sangat tak selesa.

Dan lagi satu (eh banyaknye!) saya tersangatlah sensitif. Sikit2 nak nangis... ape laa..


Hmm...bila sampai time makan ubat, terus tekak rasa loya. Sebelum ni ok je saya telan ubat. Tapi kali ni macam fobia pulak...mungkin sebab rasa ubat tu tak best langsung..lebih2 lg Urine Alkalizer tuh...aishhh!!

Apa nak buat kan.. Sekarang ni saya sangat menjaga pemakanan. Saya kurangkan pengambilan nasi, kurangkan gula dlm makanan or minuman dan kurangkan fast food. Satu je belum direalisasikan - BERSENAM entah bila la nak start bersenam ni

Berat saya sekarang 68kg.. tinggi 162cm. BMI 25.91 - kategori lebih berat..haiyaa....
Kalau korang nak check BMI, klik sini

Oklah u all....sampai sini je dulu. Jaga diri, jaga kesihatan tau! Luv u all.... :)



Jumpa lagi...............






Dugaan

Monday 7 May 2012


Salam,

Hari ini saya melalui situasi yang agak menyedihkan..
Sukar untuk diterima namun itulah hakikatnya..
Saya didiagnosis sebagai pesakit kencing manis :(

Minggu lepas saya buat pemeriksaan darah untuk check paras gula dalam darah. Saya buat ni pun kebetulan je, time program belia kat kampung sabtu lepas, adalah nurse2 dari klinik kesihatan desa buat kaunter pemeriksaan kesihatan percuma. Saya pun try2 la..sebelum ni tak pernah ambik tahu tahap kesihatan diri. Padanlah kan.... :(

Lepas ambik darah sikit kat hujung jari, nurse tu pun p lah check kat mesin khas diorang tu. Bila dapat result terbeliak mata dia tengok, lepas tu pandang saya berkali-kali.

Kalau bacaan normal selalunya 5 ke bawah...tapi saya punya result 17.5! Mak aihhh.....terus kena buat appointment kat klinik.

So pagi tadi saya pegilah klinik tu untuk check darah kali kedua. Sebelum tu saya kena puasa 8 jam sebelum buat ujian darah ni. So start jam 11 malam tadi saya dah tak makan or minum apa-apa.

Result kali ni ada turun sikit, tapi masih dalam tahap membahayakan... 12.7!

Saya kena pegi hospital kerajaan untuk berjumpa doktor dan tak tahulah apa proses-proses yg akan saya lalui. Time ni saya dah mula sedih. Bertambah sedih bila terpaksa melalui saat-saat begini tanpa suami di sisi. Kebetulan suami cuti hari ni, so stay kat rumah je. Tadi ingat nak ajak suami, tapi saya batalkan niat tu sebab saya ingat ujian darah harini dah ok. Rupanya bertambah rumitlah pulak.

Jam 9.30pagi saya tiba di hospital. Punyalah banyak manusia. 3 kali kena ambil nombor giliran. Pertama, ambil nombor untuk pendaftaran. Lepas tu tunggu lagi giliran untuk berjumpa doktor. Lepas tu giliran untuk buat ujian air kencing. Then pegi jumpa doktor semula. Lastly tunggu lagi untuk ambik ubat. Huuhhhh.... saya betul2 letih..dan LAPAR! Jam 1.00tengahari barulah semuanya selesai. Badan pun dah menggigil kelaparan.

Doktor mengesahkan saya ada tanda-tanda menghidap kencing manis, dan ada jangkitan kuman pada air kencing. Saya diberi ubat Metformin 500mg, Cephalexine 250mg dan Urine Alkalizer (Potassium Citrate Mixture) 120ml. Gambar ubat tu macam kat bawah ni. Urine alkalizer tu plak macam air putih biasa, cuma rasanya manis+masam+masin+pahit (dpt bygkan tak?)


Metformin 500mg (sumber google)
Cephalexine 250mg (sumber google)

Sekarang ni saya macam still tak percaya yang saya kena makan ubat yang dikhaskan untuk pesakit kencing manis...tapi saya tau, setiap yg terjadi ada hikmahnya. Saya redha dengan ujian ALLAH terhadap saya.

Bila saya google2 saya dapat informasi bahwa ubat Metformin juga merupakan salah satu ubat yg diberikan kepada pesakit PCOS. Dan saya bertambah yakin bahawa setiap yg berlaku memang ada hikmah yang tersembunyi......

2 minggu dari sekarang saya kena jumpa doktor semula untuk tengok kesan ubat-ubatan tu. Harap ada perubahan ke arah yang lebih baik..... AMIN.

K sampai sini dulu....kepala dah pening2 lepas makan ubat..huhu u all jaga diri, jaga kesihatan ye...


Jumpa lagi.........

2nd appointment with gynae

Saturday 5 May 2012



Salam semua,

Baru hari ini berkesempatan utk update blog. Sepanjang minggu ini bermacam-macam program yg harus dihadiri. Ceramah, perasmian, sesi dialog bersama pemimpin dll... Err...saya pegi atas kapasiti sebagai ajk je, not as VIP....hehe

Ok nak update pasal appointment kedua dgn Dr. John kat KK. Appmnt yg sepatutnya pada 2hb mei tu dibatalkan, sebab Dr John ada operation yg dia kena handle time tu. So kitorang tetapkan appmnt pada 4hb mei 2012 (Jumaat).

Berdebar rasanya nak tau keputusan blood test ari tu.

Sampai kaunter nurse bagi envelope. Saya buka dan terteralah keputusan ujian darah saya. Semangat saya tengok, tapi satu apapun saya tak faham..huhu

Suami rujuk kat nurse dan tanya tentang keputusan tu. Nurse pun x dapat nak explain.

"Nanti doktor akan terangkan ye puan. Selalunya kalau keputusan darah normal, kami boleh cakap terus kat patient. Tapi kalau sebaliknya, kena refer dengan doktor. Kejap lagi doktor sampai.." ramah je nurse tu dgn senyuman yg manis menawan.

Saya dan suami duduk kat sofa sementara menanti giliran. Senyap. Sunyi sepi. Masing-masing melayani perasaan. Suami nampak resah. Saya pulak...entahlah risau, sedih, dan macam2 lagi perasaan.

Melangkah je masuk Dr John dgn ramah bertanya khabar, dan terus explain tentang result blood test. Dan seperti yg saya jangka, doktor sahkan saya menghidap PCOS.

Sedih je rasa hati, tp doktor kata bukanlah masalah besar. Mungkin nak sedapkan hati saya bila dia tengok muka saya serius je. Dr John bagi saya Clomid 50mg (5 biji) dan Folic Acid.

Folic Acid 5mg (sumber google)

Clomid 50mg (sumber google)

Gambar2 kat atas tu sebijik la macam Dr John bagi. So saya kena tunggu next period. Hari ke-2 period baru start makan clomid. Then hari ke-21 kena datang klinik utk ambil darah. Doktor nak tengok samada clomid tu memberikan kesan pada saya.

Folic acid tu pulak saya kena makan tiap-tiap hari. Doktor bagi bekalan utk 2 bulan. Folic acid ni antara tujuan dia untuk mengurangkan risiko keguguran kalau dah pregnant nanti. Lepas tu mengelakkan kelahiran bayi tak cukup sifat (cacat), kelahiran pra-matang  dan banyak lagi. Saya memang dah lama nak makan folic acid ni, tapi nak minta nasihat doktor dulu. Dan akhirnya dapat juga saya folic acid ni. Tq doc!

Next appmnt belum tau lagi, sebab kena tunggu miss p datang baru boleh set appmnt. Oh miss p...datanglah engkau kepadaku untuk cycle seterusnya.....kalau tak datang jugak harap2 ada 'isi' hendaknya..amin.

Oklah kos rawatan kali ni :

Consultation + clomid + folic acid = RM60

Semoga segala yg dirancang diberkati ALLAH SWT dan dimakbulkannya... Amin.




Jumpa lagi u all........... take care! :)