::Kawan-kawanku yg kusayang::

oh..rindunya nak menulis kembali

Friday 23 November 2012
Assalamualaikum semua..

apa khabar kalian? saya doakan sentiasa di bawah lindungan ALLAH SWT. saya pula setakat ini masih bisa meneruskan kehidupan seperti biasa. alhamdulillah.

maaf kawan-kawan, blog saya ni dah tersangat lama saya tinggalkan. kalaulah blog ni rumah, dah hepi2 spider membiak dgn jayanya..haha

saya tak tau nak tulis apa. dah lama benar saya tak menulis dlm blog ni. byk kisah kehidupan saya yang nak saya kongsikan. tapi saya tak tau nak mula dari mana. yang pasti sampai ke saat ini impian saya dan suami untuk menimang cahayamata masih belum kesampaian....

oh ya..bila saya buka je blog ni tadi tengok follower dah bertambah. rasa terharu sangat! walaupun blog terbiar tak update tp still ada yg nak follow. tengkiu sangat2!

selama 2 bulan lebih saya tak menulis, namun saya tetap jadi silent reader kepada beberapa blog ttc. saya tetap ikuti kisah kawan2. ada yang dah pregnant, alhamdulillah saya tumpang hepi. yang masih mengharap seperti saya, ayuh kawan2 teruskan perjuangan!

selama 2 bulan lebih ini juga saya just go on dengan kehidupan seharian. saya nikmati sepenuhnya apa yang saya inginkan. saya ajak suami pegi jalan2, tengok wayang, makan2. saya makan apa yang saya nak makan. no diet, no pantang. aiskrim, coklat, kfc, burger semua saya bantai...hohoho

ubat metformin kadang makan, kadang2 skip. makan sekali dua kali. skip plak berkali-kali....

entahlah..saya macam fed up dengan hidup saya yang bergantung dengan pil metformin setiap hari. dulu mula2 semangat je telan ubat tu. tapi sekarang baru tengok kotak ubat rasa mcm nak termuntah.

tapi ada sesuatu yang saya prasan terjadi ke atas diri saya bila saya x telan metformin ni. saya jadi KUAT MAKAN dan KUAT TIDUR. cepat rasa lapar dan cepat mengantuk. tapi yang peliknya kalau malam saya susah nak tidur. siang plak sepanjang hari asyik ngantuk je.

risau juga saya. tapi tulah untuk menyedapkan hati saya tak nak fikir sangat, lalu saya pun enjoy...mcm saya cakap tadi no diet no pantang! temujanji kat hospital kerajaan berkaitan dengan kencing manis saya pun dah berapa kali saya skip. malas kena bebel dengan doktor. itulah saya sekarang. teruk kan? hmmm

suami plak sekarang busy dengan bisnes. kadang2 masa dia lebi banyak bersama bisnes partner dia. jadi saya pun malas nak ganggu. tu yang plan nak p jumpa gynae sampai sekarang tertangguh. (huh..alasan) hehe

tapi apapun saya masih berharap. harapan saya tak pernah pudar. harapan saya masih setinggi gunung..

sekarang ni tengah ambil masa skit untuk ubah gaya hidup...yeah..caiyok!!!





Jumpa lagi.............. take care u olls! :)


ubat kampung again

Thursday 6 September 2012

Salam semua..

saya nak update sikit pasal brubat kampung..

semalam suami ajak p rumah makcik kampung sebelah.. rupanya dlm diam encik suami ada minta ubat kampung @ akar2 kayu kat makcik dia.. saya x tau pun.. o.0

saya pun ikutlah suami p rumah yg dia maksudkan.. bawa ubat kampung tu skali. heran jugak, lain org yg ambik ubat, lain plak yg kasi jampi.....hehe

masa kat rumah makcik tu adalah dia sapu-sapu sikit ubat akar2 kayu tu campur dgn kunyit dan sedikit air, sapu kat perut saya sampai kat pinggang..sejuk je rasa..

sampai rumah saya pun rebus akar2 kayu + kunyit..kemudian saya dan suami minum sama2..

sebelum tidur saya sapu lagi kat perut dan pinggang.. saya berniat dan berdoa mudah-mudahan saya period...amin.. sebab kalau period baru senang nak kira hari subur...ye tak.. kalau tak silap saya last period on april 2012...lama kan? hmm..

pagi tadi sebelum gi opis saya minum ubat tu dan sapu kat perut.. rasa nyaman je.. lepas tu on the way p opis saya rasa macam sakit2 sikit kat pinggang dan ari2.. ubat dah jalan ke? ;)


hari selasa lepas saya terima berita dari my aunty yg baru kawin pada hujung bulan mei lepas..dia dah pregnant dekat 2 bulan... tahniah ! :') mula2 dia segan2 nak bagitau saya, mungkin nak jaga hati saya.. saya terima khbar itu dengan bermacam perasaan........... ok tanak cita lebih2. apapun tahniah my lovely aunty !



ok tu je.. jumpa lagi...... take care u all !

NO FEELING

Thursday 30 August 2012

Assalamualaikum...


Haa....baru nampak batang hidung saya kan? tulah...pemalas sungguh nak update blog..oh ye, belum terlambat rasanya utk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam di seluruh dunia..especially member-member blog saya yg kiut2 semua ni...muahh korang!! :)

eh..macam senang je hati hari ni kan?hehe ntahlah,rasa macam best je harini..mungkin last keja kot, coz esok cutiiiiii........hihihi oh ye, selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua warga Malaysia. Yeah!! :D

actually saya nak share pengalaman raya..tp fikir punya fikir macam takde yg special sgt raya saya tahun ni..macam tahun-tahun sudah...semuanya biasa-biasa sahaja kerana saya lebih mengutamakan kesederhanaan. itu yg semoleknya kan..

saya pun macam ttcian yg lain. time raya adalah hari utk bkumpul dgn semua family. jadi oleh yg demikian pastinya soalan wajib utk golongan macam saya ni akan dikemukakan. contoh-contoh soalan yg saya terima ialah:

"dah berapa orang 'rakyat'?"

"dah lama kawin?...oo....5 tahun...apa? blm ada anak?"...........

"tak tahu nak panggil u emak sapa..hehehe...."

dan macam-macam lagilah..

cuma apa yang saya nak mention kat sini ialah...seriously, saya tak rasa apa-apa dah bila orang asyik tanya soalan-soalan macam tu. yes, i feel nothing. mungkin dah LALI kot. atau mungkin hati dan perasaan saya dah puas.... puas dengan kata-kata mereka yg kadang tak memikirkan perasaan kita bila diorang tanya pasal anak.

tapi jujurnya rasa tersentuh itu memang ada, cuma tidak seperti dulu. kadang-kadang saya cuma anggap soalan-soalan sebegitu umpama angin lalu aje. sebab setiap kali berdepan dengan orang-orang sekeliling saya sudah jangka akan disoal. saya sudah bersedia dengan soalan itu.

dulu bila orang bangkitkan soal anak saya jadi malu. malu dgn diri sendiri. malu dengan masyarakat. sedih. hiba. tapi sekarang saya boleh buat gurauan lagi. senyum, ketawa bila cakap pasal anak.

mungkin hati saya sudah belajar untuk pasrah. belajar untuk redha. belajar menerima takdir Allah. belajar untuk sentiasa bersedia dengan soalan-soalan cepumas. sehingga akhirnya saya seakan jadi orang yang tak berperasaan............

itulah saya sekarang. takpe kan..yang penting bahagia bersama suami tercinta. saya tahu Allah Maha Pengasih kepada hambanya. Dia nak bagi saya masa untuk berhoneymoon puas-puas dulu. lagipun esok cuti..plus our anniversary :D

ok guys..nak g survey hotel kat K.Kinabalu hehehe




Jumpa lagi............... :)))


Perkembangan kesihatan

Sunday 5 August 2012
Salam semua,

Bagaimana puasa seharian kalian? Mudah-mudahan berjalan lancar dan segala amalan diterima oleh ALLAH SWT.. amin.

Ketika saya menulis entri ini, saya pasti seluruh rakyat Malaysia sedang dilanda kekecewaan di atas kekalahan Dato' Lee Chong Wei ke atas Lin Dan dalam siaran sukan Olimpik sebentar tadi. Apakan daya, belum rezeki untuk meraih pingat emas. Namun saya tetap berbangga di atas kejayaannya meraih pingat perak pertama untuk Malaysia. Tahniah !!

Ok, kita lupakan kisah itu. Kali ini saya sedang dalam mood untuk bercerita tentang perkembangan kesihatan saya.

Ikhlas saya katakan, sejak saya mula menyedari bahawa saya menghidap kencing manis (DM), semangat untuk meneruskan rawatan kesuburan menjadi pudar. Saya 'disibukkan' oleh ubat-ubatan yang bermacam jenis itu. Setiap hari asyik melihat kotak ubat dengan harapan agar cepatlah habis. Tapi bila ubat dah habis, kena pegi review kat hospital pulak. Lepas tu sambung makan ubat lagi. Begitulah seterusnya. Kalau tak silap dah masuk kali ke-6 saya review.

Kadang-kadang saya jadi lemah. Macam orang berputus asa. Kasihan dengan diri sendiri yang tak normal macam orang lain. Baru beberapa langkah buat rawatan kesuburan namun terpaksa dihentikan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada rawatan kencing manis...

Saya terfikir, sampai bila saya nak makan ubat DM? Appointment dengan gynae plak dah berbulan terbengkalai. Ubat Clomid pun tak terusik lagi gara-gara menunggu kehadiran Miss P yang sampai ke hari ini belum memunculkan diri...

Saya jadi bingung. Patutkah saya teruskan rawatan dengan gynae even masih on ubat DM? Atau kena selesaikan dulu urusan DM ni baru on fertility treatment? Entahlaa........

3 hari lepas saya dilanda demam panas. Start jam 11.30mlm saya dah mula rasa sejuk sampai menggigil seluruh badan. Tak tahulah adakah sebab saya mandi lewat malam. Sebab jam 11mlm tu syok je saya rasa mandi sampai nak dekat setengah jam. Lepas je mandi badan terus rasa tak sedap. Lemah semacam je. Subuh tu saya tak sahur sebab ada appintment kat hospital awal pagi. Saya kena puasa start jam 12tgh mlm sampai siap ambil darah dan sampel air kencing.

Start jam 3pg saya dah tak boleh lelap. Rasa sejuk yang amat. Baju dah pakai berlapis-lapis. Selimut pulak tebal tak terkata dah. Tapi masih jugak rasa sejuk. Kesian suami terpaksa tidur dalam kepanasan sebab aircond kena off....

So pagi tu suami temankan pegi hospital. Lewat sikit bertolak, dalam jam 9pg. Ramainya orang...lepas daftar saya pegi check FBS. Syukur bacaan kali ni 9.1 berbanding 11 sebelum ni. Paling tak bestnya harini saya menunggu nombor giliran saya tiba selama 4 jam. Sungguh memualkan! Saya dahlah demam, kepala macam nak pecah, berdenyut-denyut. Hampir nak termuntah menunggu lama sangat. Sempat terlelap di bahu suami...

Jam 1ptg baru selesai. Muka saya dah pucat lesi dah time tu. So nak tak nak kena 'cuti puasa'. Sebelum balik saya singgah kat kantin hospital tapau nasi dan kuih. Time balik saya duduk kat tempat duduk belakang  kereta sambil mengunyah. Bila suami jeling-jeling saya senyum je macam kerang busuk........hihihihi

Itu cerita demam saya 3 hari lepas. Harini dah sihat walafiat.. Alhamdulillah.

Cuma ada perkara yang berlaku yang mengusik perasaan saya sejak 2-3 hari ni. Pertama, sewaktu saya menunggu giliran di hospital tiba-tiba kazen sms jemput jalan-jalan ke rumah. Perbualan kitorang lebih kurang macam ni :

kazen: Bole tak dtg ke rumah hari ni..besar harapan ni ada something nak minta tunjuk...
saya: Hari ni tak boleh...i kat hspital, demam sejak semalam..kena jmpa doktor lg lepas ni
kazen: Eh..entah2 tanda2 pregnant tak? :)
saya: .....


Saya terdiam sekejap baca sms kazen saya tu. Lepas tu saya senyum-senyum. Alangkah indahnya kalau tekaanmu itu benar wahai kazenku. Saya pun reply 'harap2 masinlah mulut u tu..amin....'


Tak dapat saya nafikan saya memang berharap. Harapan saya setinggi gunung. Namun....saya sedar, mungkin hanya tinggal harapan. Mana mungkin boleh hamil kalau tak period kan? Kena ada period lepas tu baru ada telur..baru boleh bersenyawa dengan sperma...ye tak..

Yang saya ni dah berbulan-bulan tak period, tapi buat upt tetap -ve. Tapi kuasa ALLAH SWT mengatasi segalanya. Tiada yang mustahil di dunia ini. Oleh itu saya akan sentiasa berharap...... :)

Itu cerita pertama. Cerita kedua plak berlaku semalam. Sewaktu saya dan sorang kawan nak menghadiri najlis berbuka puasa. Lepas saya singgah dia kat rumah kitorang pun rancak je borak-borak sambil ketawa berdekah-dekah..hehe sampailah tiba-tiba muka dia serius sambil cakap macam ni:

"eh..ubah topik kejap, betul ke ko mengandung?"

Tap!! Soalan cepumas yang membuatkan saya tak terkata. Tapi cuba bersikap biasa.

"sapa yang bagitau ko ni?"

"adalah..betul ke tak? cuba cakap terus-terang...betulkan?"

"entahlah.."

"dah check ke belum?"

"er.....belum..tapi rasanya tak kot"

"cuba pegi check"

"yg ko semangat sangat ni apasal....sapa yg buat cerita ni?" kitorang sama-sama ketawa.

"adalah...hehe aku mimpi sebenarnya....aku mimpi ko mengandung"

"ye ke? AMIINNN....harap2 betul la mimpi ko tu yek..." saya senyum. Seribu perasaan bermain di benak saya time tu. Sedih, happy, terharu....dan macam2 lagi.

Saya tak nafikan sejak akhir-akhir ni saya selalu rasa pening-pening, loya dan senak-senak kat perut. Kadang-kadang menyucuk-nyucuk. Saya google kesan-kesan ubat DM yang saya ambil tu. Memang ada tersenarai ciri-ciri yang saya alami tu. Saya pun bingung. Tanda-tanda pregnant sama pulak dengan kesan-kesan ubat metformin. Saya pun......hmm go on jelah dengan rutin seharian. Taklah mengharap sangat.

Tapi.....sekarang ni saya selalu pulak memikirkan hal itu. Sms kazen dengan mimpi kawan saya tu yang hanya beberapa hari selangnya macam kebetulan, macam ada sesuatu yang tersirat....... Hah,,mulalah..mulalah...berharap! *tak salah kan...hehe

Entahlah...saya bingung. (dah berapa kali bingung da..) Saya ada jugak niat nak pegi klinik untuk scan perut..yelah, nak tau jugak kenapa selalu je sakit. Kalau ye pun bukan baby, manatau ada penyakit lain bolehlah detect awal-awal sebelum melarat. Kan? Nantilah saya pegi scan-dengan harapan suci murni....

Oklah sampai sini dulu. Jaga diri u all k...jaga kesihatan, amalkan makanan sihat dan seimbang... Selamat berpuasa.



Jumpa lagi....................


=)

Muncul kembali -salam ramadhan-

Sunday 22 July 2012
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian,






.....





.....





.....





.....





.....





.....










Maaf... saya seperti kehilangan kata-kata. Tak tahu apa yang harus diperkatakan di dalam entri kali ini. Banyak sebenarnya. Tapi tak tahu hendak mula dari mana. Oh ya, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada sahabat-sahabat semua. Yang pasti ramadhan dan syawal tahun ini kami masih berdua... Tak apalah. Yang penting bahagia.

Tak terasa masa begitu pantas berlalu. Rupanya blog ini genap 2 bulan terbiar sepi. Bukan tak ada cerita yang ingin dikongsikan, tapi entahlah... kadang-kadang bila jari sudah menyentuh keyboard, tiba-tiba hilang 'selera' untuk bercerita. Bila hati membuak-buak untuk mengupdate blog, masa pula begitu terbatas. Dan bila tiba waktu bersenang-senang, macam saya cakap tadilah. Mood terus hilang melayang.

Hari ini mood ada baik sikit. Alhamdulillah dapat menempuh puasa sepanjang hari semalam dengan semangat yang kuat, walaupun ada sekali dua kepala rasa pening, sampai satu ketika pandangan saya kabur dan rasa nak muntah sangat tapi tak keluar jugak. Suami suruh rehat. Saya pun baring, dan terus tertidur jam 4ptg. Bila bangun dah ok sikit. Tapi tak dapat tolong MIL dan SIL masak untuk berbuka puasa.

Sepanjang 2 bulan saya menyepi dari dunia blogging ni, begitu banyak situasi yang saya lalui. Biasalah sebagai manusia biasa kita tak lari dari dugaan dan cabaran hidup. Itu lumrah alam. Kadang-kadang saya kuat dan redha. Kadang-kadang pula rasa lemah dan hampir tersungkur bila berdepan dengan segala macam ragam kehidupan yang begitu mencabar keimanan.

Entri saya kali ini lebih kepada luahan perasaan saya sendiri. Saya ingin pahatkan di sini liku-liku kehidupan yang saya tempuh untuk kenangan dan renungan saya di kemudian hari. Juga kepada sahabat-sahabat saya di alam maya ini. Yang baik jadikan teladan, yang kurang baik jadikan sempadan. Ceh! skema je kan..hehehe

Apa yang ingin saya katakan di sini ialah saya bahagia menjalani hidup ini. Saya ada parents yang penyayang dan memahami keadaan diri saya dan selalu beri sokongan dikala saya menghadapi kesulitan dalam hidup. Saya ada adik-beradik yang saling membantu antara satu dengan yang lain. Saya ada kawan-kawan yang menjadi peneman saya dan menceriakan lagi hari-hari yang saya lalui. Dan yang paling indah, saya bergelar isteri kepada seorang suami yang saya kasihi. Walau di awal perkahwinan kami dilanda krisis yang maha hebat..namun kini saya sedar. Semakin hari rasa cinta, kasih dan sayang saya padanya semakin kuat. Pengalaman lalu menjadikan saya matang dan sedar bahawa setiap manusia sejak azali lagi telah ditentukan oleh ALLAH SWT jodoh, rezeki dan ajalnya. Jadi tak ada apa yang harus disesalkan...

Oklah nak cerita tentang perkembangan rawatan kesuburan.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya........tak ada apa-apa perkembangan lagi. Bila saya kira-kira harini dah CD87! Haha lucu pulak tengok angka tu. Selalu baca blog kawan-kawan TTC dalam CD50 - 60 tu dikira sangat tak normal (kecuali preggy). Inikan pula 87. Apa-apalah. Hmmmm

Saya dah lama tak pegi klinik pakar. Paling last pada 18 april lepas. Time tu doc bagi ubat turun darah. 4 hari selepas habis makan (5biji) terus period. Doc ada bekalkan Clomid. Katanya tunggu next period baru telan Clomid tu. Ni sampai CD87 ni tak period-period jugak. Cantik je Clomid tu duduk dalam bungkusan ubat tu for almost 3 months. Actually doc ada pesan, kalau sampai 2 minggu tak period jugak pada hari yang sepatutnya period, pegi datang jumpa dia. Ini bukan 2 minggu lagi, dah 2 bulan. Huh, teruknya saya ni kan! Mula-mula je semangat. Now....hmm

Pertama, sebab kebelakangan ni memang saya sangat-sangat busy. Ada je program yang saya kena handle. Macam nilah kerja dalam bidang politik. Nak-nak lagi khabar-khabar angin pilihanraya dah nak dekat. Tu yang busy ya amat tu. Ok stop. Tanak citer pasal politik. Ini blog pasal TTC ok heheh!

Sekarang ni kehidupan saya tidaklah seindah sebelum ini. Semuanya gara-gara saya disahkan menghidap penyakit kencing manis. Sejak itu bermulalah pantang larang dalam setiap makanan yang saya ambil. Itu tak boleh, ini tak boleh. Baru je terliur nak makan aiskrim atau coklat, terpaksa dibatalkan niat suci murni tu. Saya kena bermusuh dengan makanan manis. Huh, tak sukanya....!

2 hari sebelum puasa saya review kat hospital kerajaan. Temujanji kali ke-4. Sekali lagi kena ceramah oleh pegawai perubatan tu. Bukan doktor, tapi ceramah dia fuhhh....memang menginsafkan diriku yang selalu leka ini. Saya akui. Saya memang tak kontrol pemakanan. Yang saya kontrol cuma minuman aje. Memang saya minum yang tawar-tawar punya minuman. Minuman gas saya elak. Cumanya tang makanan ni yang tak lepas. Makan ikut suka hati. Makan nasi, ayam, daging, kfc semualah asal ada saya makan je. Lepas tu kuat makan mi maggie. Padanlah kena ceramah kan.

Masa temujanji kedua paras gula saya 9. Temujanji ketiga 10. Ni temujanji keempat plak 11. Tulah sapa suruh. Makan lagi banyak-banyak. Dahlah senaman tak buat. Ya ALLAH.... ampunilah hambaMu ini, tanamkanlah kesedaran di dalam diriku dan kuatkanlah semangatku agar aku bisa kembali sihat dalam menjalani ibadah seharian... Amin.

Saya akui..saya agak tertekan dengan keadaan sebegini. Saya rasa saya sangat tak normal berbanding insan-insan lain yang diberikan kesihatan yang baik, maka mereka ceria menjalani hari-hari yang mendatang. Sedangkan saya tiap-tiap hari kena makan ubat. Sehari 3 kali. Saya rasa diri saya begitu serba kekurangan. Kadang-kadang terdetik di dalam hati, "sudahlah diri ini ditakdirkan belum mengandung walaupun dah 5 tahun kahwin, kini disahkan menghidap kencing manis pula..." sayu rasa di hati. Airmata jatuh tanpa diundang. Tika itu saya rasa lemah sangat. Saya menangis semahunya...

Namun saya tak sesekali menyesali takdir hidup yang sudah tertulis buat diri saya. Bagi saya setiap apa yang berlaku sama ada atas kerelaan saya ataupun tidak, ia memang sudah tertulis begitu. Perancangan ALLAH SWT tak siapa pun bisa menghalangnya. Semua itu disusun dan diatur dengan begitu halus dan teliti tanpa dapat dicapai oleh akal manusia. Yang pasti semua itu ada hikmah. Ya, hikmah yang kita sendiri kadang-kadang tak bisa melihatnya, apa lagi menilainya dari sudut pandangan positif.

Banyak lagi sebenarnya saya nak cakap ni. Tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Nanti saya sambung lagi....

Selamat Berpuasa.

p/s: Terima kasih tak terhingga buat sahabat2/follower2 yang masih setia follow blog saya yang tak seberapa ni..semoga kita semua sama-sama mendapat manfaat dan iktibar dari cerita-cerita yang dikongsikan.  =)


Jumpa lagi  =)




Temujanji kedua hospital

Tuesday 22 May 2012


Salam,

Hai bertemu lagi kita kali ini. Sorry lama saya tak update entri. Bila tengah rajin nak update, bz plak memanjang. Bila free takde keja, malas pulak mengupdate... apakah?? huhu

Ok hari ini dah masuk CD26...kalau mengikut kitaran haid yg normal, mungkin dalam 2-3 hari lagi period akan datang. 2 hari lepas, saya dah rasa cramp kat perut dan pinggang. Mungkinkah tanda-tanda period?

Kesan ubat yg saya alami sebelum ni dah berkurang. Cirit-birit tu cuma sekali sekala aje. Yang kesan lain-lain tu, macam saya cerita kat entri ni pun dah tak terasa sangat. Ubat cephalexine dan urine alkalizer tu dah habis. Yahooo!

Sekarang saya menjalani kehidupan seperti biasa, cuma menunggu Miss P menjengah aje, baru boleh on clomid. Harap-harap sangat 2-3 hari ni muncullah Miss P ku....amin.

Ok semalam 21/5 saya ada temujanji kat hospital. Kena jumpa doktor sebab nak tengok kalau-kalau Metformin tu serasi dengan my body. Let me story sikit...

Jam 8.30pg tiba kat hospital. Orang tak berapa ramai lagi. Terus ambil nombor giliran utk jumpa doktor. Pakcik kat kaunter pendaftaran tu suruh saya pegi makmal dulu untuk ambik sample darah dan air kencing memandangkan saya dah ada surat (doktor bagi masa temujanji lepas) untuk kedua-dua sample tu.

So saya terus ke makmal dan ambil no. giliran. Dalam 10minit menunggu akhirnya saya pun masuk untuk ambil darah. Semalam dah puasa start jam 11mlm sampailah time ambik darah jam 9.00pagi.

Masa pembantu doktor tu cucuk kat sebelah atas telapak tangan, dia tarik balik jarum tu. "Sorry...sekali lagi k" saya angguk je sambil senyum. Dalam hati dah cuak..janganlah sampai 3-4 kali cucuk. Nasib baik cubaan yg kedua ok.

Saya tak pandang pun, pura-pura tengok sekeliling nak sedapkan hati. Lama jugak saya tunggu proses ambil darah tu selesai. Darah saya pekat sangat. Akhirnya selesai jugak. Alhamdulillah.

"Keputusan blood test ni dalam jam 11pagi ye dik" katanya. Aku angguk je. Lagi 2 jam kena tunggu. Lepas tu kena bagi sample air kencing pulak. Aku tak putus-putus berdoa semoga semuanya ok. Sempat lagi aku emosi sekejap mengenangkan situasi yg aku lalui sekarang ini. Rawatan kesuburan pun belum selesai, sekarang kena buat rawatan utk kencing manis pula...sedih je rasa hati duduk sorang-sorang kat hospital tu.....suami g keje.....sabarlah wahai hati......

Jam 10.50pagi result ujian darah dan urine dah ada. Aku pandang je result paper tu, tapi tak faham. Tak sabar nak tunggu penjelasan doktor.

Jam 12.30tghari baru dapat masuk bilik doktor. So doktor pun terangkan itu ini. Yg aku ingat doc cakap:

- bacaan kencing manis dah turun dari 12.7 ke 9.28.....syukur alhamdulillah
- lemak dan kolesterol pulak ada tinggi sikit, tapi masih di paras ok..yg penting kena banyak makan sayur-sayuran. Doktor suruh saya jadi vegetarian.
- melalui kedua-dua sample tu, diorang ada check saya punya buah pinggang..sebab selalunya penyakit kencing manis melibatkan buah pinggang..doktor cakap ok takde masalah.. happy sikit rasa hati

So selesai semua tu, saya pun dibekalkan ubat utk kawal kolesterol dan Metformin-masih ubat yg sama macam sebelum ni. Cuma doktor tambah bekalan sebab sebelum ni saya ambil 2biji sehari, sekarang kena ambil 3biji sehari. Saya diberi sekotak Metformin (90biji). Lepas tu jumpa doktor lagi pada 21/6 - sebulan dari sekarang.
Gemfibrozil 300mg - nilah ubat kolesterol yg saya kena ambil 1biji sehari

So sekarang dalam sehari saya kena ambil Asid folic (1biji), Gemfibrozil (1biji) & Metformin (1biji x 3 kali). Semoga segalanya bertambah baik dari hari ke hari. Oh ya..saya masih minum susu Anmum perisa coklat setiap hari waktu pagi dan malam.

Saya tahu di sebalik semua dugaan ini pastinya tersembunyi hikmah yang saya sendiri tak mampu mentafsirkannya. Allah Maha Mengetahui, dan Dia mempunyai perancangan untuk setiap hambaNya.

Setakat ini dulu entri saya yg panjang lebar ini. Kawan-kawan diluar sana sentiasa jaga kesihatan k, terutama TTCian yg telah dikurniakan rezeki untuk hamil, jaga kesihatan diri dan baby. Yg masih menanti macam saya dan rakan-rakan ttc yg lain, bersabarlah...teruskan usaha tanpa rasa jemu. Chaiyokkk2!!!

Sampai ketemu lagi ya......take care all!




Bye....



Kesan ubat

Friday 11 May 2012
Salam semua,

Nak cerita sikit kesan ubat-ubatan yang saya ambil start Isnin lepas.

Sehari dua lepas makan ubat saya tak rasa sangat lagi kesan dia. Sempat lagi cakap dalam hati, berkesan ke tak ubat ni kat aku..?? Huhu tak sabar2..

Dan keesokannya, iaitu bermula semalam dan hari ini saya betul2 rasa tak selesa. Antara yg saya alami:

1. cirit-birit
2. pening/sakit kepala
3. kuat berpeluh
4. lemah badan (kadang2 stress...)
5. kurang selera makan (part ni hepi sikit..kot2 kurang jgk lemak2 kat dlm bdn ni)

Satu lagi yg saya perasan, bila tidur malam air liur tak henti2 keluar...siap dgn kahak lg kejap2 kena bangun...sangat tak selesa.

Dan lagi satu (eh banyaknye!) saya tersangatlah sensitif. Sikit2 nak nangis... ape laa..


Hmm...bila sampai time makan ubat, terus tekak rasa loya. Sebelum ni ok je saya telan ubat. Tapi kali ni macam fobia pulak...mungkin sebab rasa ubat tu tak best langsung..lebih2 lg Urine Alkalizer tuh...aishhh!!

Apa nak buat kan.. Sekarang ni saya sangat menjaga pemakanan. Saya kurangkan pengambilan nasi, kurangkan gula dlm makanan or minuman dan kurangkan fast food. Satu je belum direalisasikan - BERSENAM entah bila la nak start bersenam ni

Berat saya sekarang 68kg.. tinggi 162cm. BMI 25.91 - kategori lebih berat..haiyaa....
Kalau korang nak check BMI, klik sini

Oklah u all....sampai sini je dulu. Jaga diri, jaga kesihatan tau! Luv u all.... :)



Jumpa lagi...............






Dugaan

Monday 7 May 2012


Salam,

Hari ini saya melalui situasi yang agak menyedihkan..
Sukar untuk diterima namun itulah hakikatnya..
Saya didiagnosis sebagai pesakit kencing manis :(

Minggu lepas saya buat pemeriksaan darah untuk check paras gula dalam darah. Saya buat ni pun kebetulan je, time program belia kat kampung sabtu lepas, adalah nurse2 dari klinik kesihatan desa buat kaunter pemeriksaan kesihatan percuma. Saya pun try2 la..sebelum ni tak pernah ambik tahu tahap kesihatan diri. Padanlah kan.... :(

Lepas ambik darah sikit kat hujung jari, nurse tu pun p lah check kat mesin khas diorang tu. Bila dapat result terbeliak mata dia tengok, lepas tu pandang saya berkali-kali.

Kalau bacaan normal selalunya 5 ke bawah...tapi saya punya result 17.5! Mak aihhh.....terus kena buat appointment kat klinik.

So pagi tadi saya pegilah klinik tu untuk check darah kali kedua. Sebelum tu saya kena puasa 8 jam sebelum buat ujian darah ni. So start jam 11 malam tadi saya dah tak makan or minum apa-apa.

Result kali ni ada turun sikit, tapi masih dalam tahap membahayakan... 12.7!

Saya kena pegi hospital kerajaan untuk berjumpa doktor dan tak tahulah apa proses-proses yg akan saya lalui. Time ni saya dah mula sedih. Bertambah sedih bila terpaksa melalui saat-saat begini tanpa suami di sisi. Kebetulan suami cuti hari ni, so stay kat rumah je. Tadi ingat nak ajak suami, tapi saya batalkan niat tu sebab saya ingat ujian darah harini dah ok. Rupanya bertambah rumitlah pulak.

Jam 9.30pagi saya tiba di hospital. Punyalah banyak manusia. 3 kali kena ambil nombor giliran. Pertama, ambil nombor untuk pendaftaran. Lepas tu tunggu lagi giliran untuk berjumpa doktor. Lepas tu giliran untuk buat ujian air kencing. Then pegi jumpa doktor semula. Lastly tunggu lagi untuk ambik ubat. Huuhhhh.... saya betul2 letih..dan LAPAR! Jam 1.00tengahari barulah semuanya selesai. Badan pun dah menggigil kelaparan.

Doktor mengesahkan saya ada tanda-tanda menghidap kencing manis, dan ada jangkitan kuman pada air kencing. Saya diberi ubat Metformin 500mg, Cephalexine 250mg dan Urine Alkalizer (Potassium Citrate Mixture) 120ml. Gambar ubat tu macam kat bawah ni. Urine alkalizer tu plak macam air putih biasa, cuma rasanya manis+masam+masin+pahit (dpt bygkan tak?)


Metformin 500mg (sumber google)
Cephalexine 250mg (sumber google)

Sekarang ni saya macam still tak percaya yang saya kena makan ubat yang dikhaskan untuk pesakit kencing manis...tapi saya tau, setiap yg terjadi ada hikmahnya. Saya redha dengan ujian ALLAH terhadap saya.

Bila saya google2 saya dapat informasi bahwa ubat Metformin juga merupakan salah satu ubat yg diberikan kepada pesakit PCOS. Dan saya bertambah yakin bahawa setiap yg berlaku memang ada hikmah yang tersembunyi......

2 minggu dari sekarang saya kena jumpa doktor semula untuk tengok kesan ubat-ubatan tu. Harap ada perubahan ke arah yang lebih baik..... AMIN.

K sampai sini dulu....kepala dah pening2 lepas makan ubat..huhu u all jaga diri, jaga kesihatan ye...


Jumpa lagi.........

2nd appointment with gynae

Saturday 5 May 2012



Salam semua,

Baru hari ini berkesempatan utk update blog. Sepanjang minggu ini bermacam-macam program yg harus dihadiri. Ceramah, perasmian, sesi dialog bersama pemimpin dll... Err...saya pegi atas kapasiti sebagai ajk je, not as VIP....hehe

Ok nak update pasal appointment kedua dgn Dr. John kat KK. Appmnt yg sepatutnya pada 2hb mei tu dibatalkan, sebab Dr John ada operation yg dia kena handle time tu. So kitorang tetapkan appmnt pada 4hb mei 2012 (Jumaat).

Berdebar rasanya nak tau keputusan blood test ari tu.

Sampai kaunter nurse bagi envelope. Saya buka dan terteralah keputusan ujian darah saya. Semangat saya tengok, tapi satu apapun saya tak faham..huhu

Suami rujuk kat nurse dan tanya tentang keputusan tu. Nurse pun x dapat nak explain.

"Nanti doktor akan terangkan ye puan. Selalunya kalau keputusan darah normal, kami boleh cakap terus kat patient. Tapi kalau sebaliknya, kena refer dengan doktor. Kejap lagi doktor sampai.." ramah je nurse tu dgn senyuman yg manis menawan.

Saya dan suami duduk kat sofa sementara menanti giliran. Senyap. Sunyi sepi. Masing-masing melayani perasaan. Suami nampak resah. Saya pulak...entahlah risau, sedih, dan macam2 lagi perasaan.

Melangkah je masuk Dr John dgn ramah bertanya khabar, dan terus explain tentang result blood test. Dan seperti yg saya jangka, doktor sahkan saya menghidap PCOS.

Sedih je rasa hati, tp doktor kata bukanlah masalah besar. Mungkin nak sedapkan hati saya bila dia tengok muka saya serius je. Dr John bagi saya Clomid 50mg (5 biji) dan Folic Acid.

Folic Acid 5mg (sumber google)

Clomid 50mg (sumber google)

Gambar2 kat atas tu sebijik la macam Dr John bagi. So saya kena tunggu next period. Hari ke-2 period baru start makan clomid. Then hari ke-21 kena datang klinik utk ambil darah. Doktor nak tengok samada clomid tu memberikan kesan pada saya.

Folic acid tu pulak saya kena makan tiap-tiap hari. Doktor bagi bekalan utk 2 bulan. Folic acid ni antara tujuan dia untuk mengurangkan risiko keguguran kalau dah pregnant nanti. Lepas tu mengelakkan kelahiran bayi tak cukup sifat (cacat), kelahiran pra-matang  dan banyak lagi. Saya memang dah lama nak makan folic acid ni, tapi nak minta nasihat doktor dulu. Dan akhirnya dapat juga saya folic acid ni. Tq doc!

Next appmnt belum tau lagi, sebab kena tunggu miss p datang baru boleh set appmnt. Oh miss p...datanglah engkau kepadaku untuk cycle seterusnya.....kalau tak datang jugak harap2 ada 'isi' hendaknya..amin.

Oklah kos rawatan kali ni :

Consultation + clomid + folic acid = RM60

Semoga segala yg dirancang diberkati ALLAH SWT dan dimakbulkannya... Amin.




Jumpa lagi u all........... take care! :)

Cerita tentang Miss P

Sunday 29 April 2012
Salam semua,

Baru hari ni saya dapat update blog.. 2 3 hari ini agak sibuk. Banyak program kena attend. Keadaan plak sangat tak selesa dengan kehadiran miss p.

Oh ye...akhirnya saya didatangi miss p pada jumaat lepas iaitu 4 hari selepas hari terakhir saya makan pil dydrogesterone. Ok kat bawah ni saya buat sedikit info utk rujukan;

18.04.2012 - First appoinment dgn gynae
19.04.2012 hingga 23.04.2012 - Makan pil dydrogesterone 5biji selama 5 hari (1 biji sehari)
27.04.2012 - Period... CD1


So hari ini adalah CD3.. dan darah sangatlah banyak. Kelmarin saya menghadiri satu program bermula jam 8.00pg sampai 12.00tengahari, sepanjang program tersebut 4kali saya tukar pad! Sungguh tidak selesa. Mood pun kurang. Sikit2 nak marah...huhuhuh

Masa hari pertama period darah yg keluar berwarna coklat gelap. Maybe sebab dah lama saya tak period. Saya ada jugak rasa cramp kat perut, kadang2 kat pinggang. Senggugut lah tu...kan. Hmm...tapi sekarang ok sikit. Kalau dulu sakitnya tak terkata sampai nangis2. Sekarang dah boleh tahan coz takdelah sakit melampau. Sebab yang saya ingat dulu lepas aje saya minum ubat kampung a.k.a akar2 kayu, sakit2 pinggang cramp semua tu dah kurang. Tapi semuanya dengan izin Allah jua... kita hanya berusaha kan.

So 3 hari lg next appointment dgn gynae. Harap2 semuanya ok. Saya belum terfikir lagi nak buat apa seterusnya. Adakah nak buat IUI? Atau berusaha sendiri dengan bantuan ubat-ubatan? IVF? Tak tahulah. Saya dan suami kena fikir tentang kos. Tapi apapun kena tunggu keputusan ujian darah hari rabu depan. Tengoklah gynae suggest apa nanti...

Oklah u all.. setakat ni aje dulu. Perut rasa tak selesa plak..huhuhu

Take care u all! ;))



Jumpa lagi....

Anmum Materna yang sedap

Wednesday 25 April 2012
Nak kongsi sikit...

Semalam saya ada beli susu Anmum Materna perisa coklat. Sedappp!!
 
 
*Sumber dari google


Setelah saya bancuh rupa lebih kurang macam ni:

*Sumber dari google

Sebelum ni saya ada baca dan mendapat sumber tentang Anmum Materna ni dari beberapa blog ttcians... Salah satu usaha untuk para ttcians.

Lepas tu kawan saya (yg jg ttcian) pun suggest saya untuk cuba minum Anmum ni..

Seriuosly rasa dia sedap sangat. Macam susu Dutch Lady perisa coklat (my fevret). Kalau korang ingat time sekolah rendah kita dibekalkan dengan susu perisa coklat kan? haa...lebih kuranglah rasa dia. Lama dah nak try, so baru semalam berkesempatan nak beli.

Time balik rumah kan, saya dah fikir2 nak cakap apa kat family suami bila diorang nampak saya beli susu untuk ibu2 mengandung.. Dalam hati memang rasa segan. Nasib baik diorang tak perasan. Cepat2 saya salin kat dalam bekas dan simpan kat dalam almari dapur, takut diorang terminum pulak. Manalah tau nanti diorang ingatkan milo..hehe

Saya minum 2 kali sehari. Sekali waktu pagi sebelum pegi keja, dan sekali malam sebelum tidur.

Semoga usaha ini diberkati Allah.... amiin.


Jumpa lagi u all.. :)






ok sikit



Hi u all...

Dalam entri lepas saya ada tulis pasal mood hari isnin yg tak berapa nak ok.

Dan hari ni plak mood saya....?
Ada la ok sikit..

Semalam perut rasa tak selesa. Asyik kembung je, masuk angin kot. Pastu asyik ke toilet je 2 3 kali.

Adakah ini tanda-tanda nak period??

Sampai hari ni saya masih menanti kunjungan miss P. 2 hari lepas saya dah habiskan pil tu. Saya jangka kalau tak esok mungkin lusa akan tibalah miss P yg dinanti nanti.


Sekarang saya ada tabiat baru....kuat tido.. dan urmmm... kadang2 kuat makan! Adakah disebabkan pil dydrogesterone@duphaston?? Eleh..alasan! hihi

Ok lah sampai di sini dulu.. Ceria2 selalu u all ;))



Jumpa lagi.....

mood hari isnin

Monday 23 April 2012


Salam u all n selamat pagi!! :D

Bukan main bagi salam ek..macam iye2 je kan..mood senang hati la kononnye...tapi hakikatnya...... :-|

Pagi tadi rasa cam malas sangat nak bangun...

Cam takde mood je...

Siap2 pun ala kadar.. lipstik pun tak pakai..


Oh ye arini last pil saya makan..

On the way gi keje saya diam seribu bahasa.. nak cakap sepatah pun cam malas..

Sampai ofis duduk2 ngadap komputer dengan perasaan yang.. entahlah asyik2 menguap.. ngantuknye laa...


Apesal saya harini lemah je rasa badan..


Well, apapun selamat menjalankan tugas buat u all diluar sana..


Jumpa lagi.....