::Kawan-kawanku yg kusayang::

Ubat hormon vs Period

Wednesday 4 January 2012
Ok hari ini seperti hari hari biasa. Tak ada yang luar biasa. Saya masih menjalani hidup seperti biasa. Berapa banyak biasa daa...huhu

Hari ni nak story pasal irregular period, ataupun period tak menentu datangnya. Macam kes saya ni, bukan sekadar period tak menentu, malah selagi tak makan ubat untuk 'turun darah' selagi tulah period tak pandai nak kunjung tiba. Kiranya kalau 10 bulan saya tak makan ubat, 10 bulan tulah saya tak period. Sadis je bunyinya kan. Tapi itulah hakikatnya.

Dulu saya tak kisah sangat pasal period tak period. Tapi sejak 2 3 tahun lepas kahwin dan masih belum pregnant, saya dah susah hati. Patutnya saya susah hati sebelum2 ni kan, tapi tulah saya ni jenis tak ambil kisah sangat. Sampailah saya TTC sekarang ni baru gelabah tak menentu bila baca banyak penyakit 'ngeri' yang melanda disebabkan period tak teratur or tak datang langsung, macam saya. Tulaa...sapa suruh pandang remeh...

Seingat saya 4 tahun lepas (2008), saya ada juga try2 pegi klinik untuk dapatkan kepastian kenapa saya jarang2 period. Time tu doktor siap scan perut saya (sambil doa2 semoga doc nampak something like baby...hehe) sebelum tu mengadu kat suami selalu sakit kat bahagian perut, terus suami bawa p klinik. Saya perasan tiap kali saya cakap ada sakit2 kat perut suami pun macam tak sabar2 nak bawa pegi klinik, mungkin mengharapkan berita gembira. Saya terus jadi serba salah. Saya tahu suami mengharap sangat2...

Ok berbalik pada cerita scan tadi. Doktor tak bagitau apa2, maksud saya dia tak mention pun samada saya ada penyakit yang mengganggu period saya. Tapi saya tengok muka doc berkerut kerut, terus saya suspen. Tapi saya ni jenis tak banyak tanya. (tapi tu dululah, saya rasa sekarang ni kalau jumpa doc saya nak tanya macam2).

Doktor just bagitau yang saya ada masalah hormon. Saya diberi ubat hormon. tak ingat nama dia. Tapi macam pil perancang, ada kaler putih dan pink. Semuanya 21 biji, dan doktor suggest saya makan selama 6 bulan. Harga sekotak RM48. Boleh la..taklah mahal sangat. So saya start makan sebiji tiap2 malam selepas dinner dan sebelum tidur. Siap buat alarm lagi kat handphone jam brapa kena makan ubat, semangat! hehe

So dipendekkan story, ubat pun habis saya makan selama 21 hari. Selang 4 hari lepas tu saya pun didatangi oleh Cik P yang sangat saya rindui coz dah lama tak berkunjung..haha saya pun hepi je. Selalu orang period ni bad mood, tapi saya senang hati. hehe Tapi blood yang keluar tu punyalah heavy..mak aih! Dalam setengah hari je kena tukar pad sampai 3 4 kali. Macam empangan pecah gamaknye...hihi

So lepas je habis period saya memang berniat nak beli ubat hormon tu untuk bulan kedua. Tapi bila saya dengar2 cerita yang tak berapa best..kononnya ubat2 macam ni banyak kesan di kemudian hari, saya pun yang naif lagi tak tahu apa2 ni terus je membatalkan niat suci murni tu. Saya cakap kat suami saya tak naklah teruskan makan ubat hormon tu. Nanti beginilah, begitulah....blablabla Mulanya suami macam tak setuju, tapi last2 dia kata "up to u lah..." saya pun sengih2 macam kerang busuk.....hihihi

Dan selepas tak ambil ubat hormon tu, period saya pun merajuk balik...dah tak datang2 dah. Saya pun 'redha' jelah...dengan harapan bulan depan datanglah ia dengan sendirinya. Begitulah harapan hanya tinggal harapan....

1 comments:

Unknown said...

Hi sis.. Try la supplement Shaklee. Boleh betulkan hormone..
http://annahealthnbeutyhouse.blogspot.com

Post a Comment