::Kawan-kawanku yg kusayang::

Muncul kembali -salam ramadhan-

Sunday 22 July 2012
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian,






.....





.....





.....





.....





.....





.....










Maaf... saya seperti kehilangan kata-kata. Tak tahu apa yang harus diperkatakan di dalam entri kali ini. Banyak sebenarnya. Tapi tak tahu hendak mula dari mana. Oh ya, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada sahabat-sahabat semua. Yang pasti ramadhan dan syawal tahun ini kami masih berdua... Tak apalah. Yang penting bahagia.

Tak terasa masa begitu pantas berlalu. Rupanya blog ini genap 2 bulan terbiar sepi. Bukan tak ada cerita yang ingin dikongsikan, tapi entahlah... kadang-kadang bila jari sudah menyentuh keyboard, tiba-tiba hilang 'selera' untuk bercerita. Bila hati membuak-buak untuk mengupdate blog, masa pula begitu terbatas. Dan bila tiba waktu bersenang-senang, macam saya cakap tadilah. Mood terus hilang melayang.

Hari ini mood ada baik sikit. Alhamdulillah dapat menempuh puasa sepanjang hari semalam dengan semangat yang kuat, walaupun ada sekali dua kepala rasa pening, sampai satu ketika pandangan saya kabur dan rasa nak muntah sangat tapi tak keluar jugak. Suami suruh rehat. Saya pun baring, dan terus tertidur jam 4ptg. Bila bangun dah ok sikit. Tapi tak dapat tolong MIL dan SIL masak untuk berbuka puasa.

Sepanjang 2 bulan saya menyepi dari dunia blogging ni, begitu banyak situasi yang saya lalui. Biasalah sebagai manusia biasa kita tak lari dari dugaan dan cabaran hidup. Itu lumrah alam. Kadang-kadang saya kuat dan redha. Kadang-kadang pula rasa lemah dan hampir tersungkur bila berdepan dengan segala macam ragam kehidupan yang begitu mencabar keimanan.

Entri saya kali ini lebih kepada luahan perasaan saya sendiri. Saya ingin pahatkan di sini liku-liku kehidupan yang saya tempuh untuk kenangan dan renungan saya di kemudian hari. Juga kepada sahabat-sahabat saya di alam maya ini. Yang baik jadikan teladan, yang kurang baik jadikan sempadan. Ceh! skema je kan..hehehe

Apa yang ingin saya katakan di sini ialah saya bahagia menjalani hidup ini. Saya ada parents yang penyayang dan memahami keadaan diri saya dan selalu beri sokongan dikala saya menghadapi kesulitan dalam hidup. Saya ada adik-beradik yang saling membantu antara satu dengan yang lain. Saya ada kawan-kawan yang menjadi peneman saya dan menceriakan lagi hari-hari yang saya lalui. Dan yang paling indah, saya bergelar isteri kepada seorang suami yang saya kasihi. Walau di awal perkahwinan kami dilanda krisis yang maha hebat..namun kini saya sedar. Semakin hari rasa cinta, kasih dan sayang saya padanya semakin kuat. Pengalaman lalu menjadikan saya matang dan sedar bahawa setiap manusia sejak azali lagi telah ditentukan oleh ALLAH SWT jodoh, rezeki dan ajalnya. Jadi tak ada apa yang harus disesalkan...

Oklah nak cerita tentang perkembangan rawatan kesuburan.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya........tak ada apa-apa perkembangan lagi. Bila saya kira-kira harini dah CD87! Haha lucu pulak tengok angka tu. Selalu baca blog kawan-kawan TTC dalam CD50 - 60 tu dikira sangat tak normal (kecuali preggy). Inikan pula 87. Apa-apalah. Hmmmm

Saya dah lama tak pegi klinik pakar. Paling last pada 18 april lepas. Time tu doc bagi ubat turun darah. 4 hari selepas habis makan (5biji) terus period. Doc ada bekalkan Clomid. Katanya tunggu next period baru telan Clomid tu. Ni sampai CD87 ni tak period-period jugak. Cantik je Clomid tu duduk dalam bungkusan ubat tu for almost 3 months. Actually doc ada pesan, kalau sampai 2 minggu tak period jugak pada hari yang sepatutnya period, pegi datang jumpa dia. Ini bukan 2 minggu lagi, dah 2 bulan. Huh, teruknya saya ni kan! Mula-mula je semangat. Now....hmm

Pertama, sebab kebelakangan ni memang saya sangat-sangat busy. Ada je program yang saya kena handle. Macam nilah kerja dalam bidang politik. Nak-nak lagi khabar-khabar angin pilihanraya dah nak dekat. Tu yang busy ya amat tu. Ok stop. Tanak citer pasal politik. Ini blog pasal TTC ok heheh!

Sekarang ni kehidupan saya tidaklah seindah sebelum ini. Semuanya gara-gara saya disahkan menghidap penyakit kencing manis. Sejak itu bermulalah pantang larang dalam setiap makanan yang saya ambil. Itu tak boleh, ini tak boleh. Baru je terliur nak makan aiskrim atau coklat, terpaksa dibatalkan niat suci murni tu. Saya kena bermusuh dengan makanan manis. Huh, tak sukanya....!

2 hari sebelum puasa saya review kat hospital kerajaan. Temujanji kali ke-4. Sekali lagi kena ceramah oleh pegawai perubatan tu. Bukan doktor, tapi ceramah dia fuhhh....memang menginsafkan diriku yang selalu leka ini. Saya akui. Saya memang tak kontrol pemakanan. Yang saya kontrol cuma minuman aje. Memang saya minum yang tawar-tawar punya minuman. Minuman gas saya elak. Cumanya tang makanan ni yang tak lepas. Makan ikut suka hati. Makan nasi, ayam, daging, kfc semualah asal ada saya makan je. Lepas tu kuat makan mi maggie. Padanlah kena ceramah kan.

Masa temujanji kedua paras gula saya 9. Temujanji ketiga 10. Ni temujanji keempat plak 11. Tulah sapa suruh. Makan lagi banyak-banyak. Dahlah senaman tak buat. Ya ALLAH.... ampunilah hambaMu ini, tanamkanlah kesedaran di dalam diriku dan kuatkanlah semangatku agar aku bisa kembali sihat dalam menjalani ibadah seharian... Amin.

Saya akui..saya agak tertekan dengan keadaan sebegini. Saya rasa saya sangat tak normal berbanding insan-insan lain yang diberikan kesihatan yang baik, maka mereka ceria menjalani hari-hari yang mendatang. Sedangkan saya tiap-tiap hari kena makan ubat. Sehari 3 kali. Saya rasa diri saya begitu serba kekurangan. Kadang-kadang terdetik di dalam hati, "sudahlah diri ini ditakdirkan belum mengandung walaupun dah 5 tahun kahwin, kini disahkan menghidap kencing manis pula..." sayu rasa di hati. Airmata jatuh tanpa diundang. Tika itu saya rasa lemah sangat. Saya menangis semahunya...

Namun saya tak sesekali menyesali takdir hidup yang sudah tertulis buat diri saya. Bagi saya setiap apa yang berlaku sama ada atas kerelaan saya ataupun tidak, ia memang sudah tertulis begitu. Perancangan ALLAH SWT tak siapa pun bisa menghalangnya. Semua itu disusun dan diatur dengan begitu halus dan teliti tanpa dapat dicapai oleh akal manusia. Yang pasti semua itu ada hikmah. Ya, hikmah yang kita sendiri kadang-kadang tak bisa melihatnya, apa lagi menilainya dari sudut pandangan positif.

Banyak lagi sebenarnya saya nak cakap ni. Tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Nanti saya sambung lagi....

Selamat Berpuasa.

p/s: Terima kasih tak terhingga buat sahabat2/follower2 yang masih setia follow blog saya yang tak seberapa ni..semoga kita semua sama-sama mendapat manfaat dan iktibar dari cerita-cerita yang dikongsikan.  =)


Jumpa lagi  =)