::Kawan-kawanku yg kusayang::

Hanya cerita suka duka

Sunday 8 January 2012
Assalamualaikum..mat pagi sume..

Hari ni rasa best je bangun pagi2..sebab apa tau? Bukanlah, bukan sebab upt +ve ke ape..tapi sebab hujan renyai2...macam susah sangat nak bangkit.. hehe

Sebenarnya saya nak maklumkan di sini kepada kawan2 TTC ataupun siapa2 yg melawat blog saya ni, dimana blog ni lebih berkisar tentang pahit manis hari2 yang saya tempuh sebagai seorang hamba ALLAH, dan seorang isteri yang mendambakan kehadiran cahayamata sebagai penghias rumahtangga yang telah dibina hampir 5 tahun. Maksudnya blog ini mungkin kurang memaparkan tentang rawatan2 yang spesifik, contohnya IUI atau IVF yang sangat sinonim dengan dunia TTC. Apa yang saya ingin ketengahkan adalah cerita suka duka sepanjang saya berusaha untuk mengandung.


Mungkin buat permulaan ini saya hanya mengambil kaedah yang biasa2 sahaja. Belum sampai ke tahap rawatan2 yang memerlukan kos tinggi seperti IVF atau IUI sekalipun. Bukan saya tak hendak. Tetapi saya memikirkan tentang kos, memandangkan saya hanyalah surirumah sepenuh masa. Suami memang keja government, tapi baru 5 tahun keja. Tapi walau apapun saya tetap berdoa semoga ALLAH berikan kami rezeki suatu hari nanti.. Amin.


Saya menulis tentang perkara ini sebab bila saya baca blog kawan2 TTC yang lain, hampir kesemuanya telah mencuba kaedah rawatan IUI atau IVF. Bila saya tengok kosnya, boleh tahanlah  jugak. Buat masa ini saya dan suami masih belum mampu. Tapi kami tetap berusaha ke arah itu andai itulah jalan terakhir...


Mungkin kawan2 TTC yang membaca blog ini tertunggu2 bilalah saya nak berjumpa doktor dan mulakan rawatan. Saya pun tak sabar sebenarnya, tapi memandangkan untuk bulan ini suami sentiasa sibuk, jadi kemungkinan kami akan mulakan langkah pertama bertemu doktor adalah dalam hujung bulan atau awal bulan depan. InsyaAllah.. Doakan saya ye kawan2.. :)

2 comments:

♥ Cherry ♥ said...

InsyaAllah dipermudahkan.. Salam pkenalan :)

Nur Qaseh said...

Mudah-mudahan..amin.
Salam kenal Cherry :)

Post a Comment