::Kawan-kawanku yg kusayang::

Luah rasa kat suami

Saturday 7 January 2012
Dua hari yang lepas, di waktu malam yang syahdu, sebelum melelapkan mata saya berbisik kepada suami yang ketika itu baru hendak lelap..

Saya luahkan rasa dan keinginan saya untuk pregnant, dimana selama ini saya pendamkan. Saya kata lagi saya mahu berubat bersungguh-sungguh, dan saya berharap sangat tahun ini ALLAH kurniakan rezeki untuk mendapat zuriat.. Saya cakap sungguh2. Time tu saya dah sebak. Airmata rasa nak menitis. Tapi saya tahan. Saya tak mahu suami nampak saya menangis. Nanti dia ikut sedih..

Saya dapat rasa suami senang bila dengar luahan hati saya. Dia senyum, kemudian terus lena dibuai mimpi. 

Saya pula tak dapat nak lelapkan mata. Sebab airmata saya tak mahu berhenti mengalir. Saya sangat berharap...

Ya ALLAH hanya padaMu aku meminta.. 
Aku redha dengan dugaan ini..
Namun aku berharap sungguh2, engkau berilah kami rezeki, tabahkanlah hati kami, kuatkanlah semangat dan kesabaran kami sepanjang melalui tempoh TTC ini.... Amin.

0 comments:

Post a Comment