::Kawan-kawanku yg kusayang::

Cahaya 2012 ~moga bersinar~

Tuesday 3 January 2012
Selepas 2 3 jam saya 'menggoogle' untuk mencari template yang saya suka, akhirnya saya letih..haha biasalah blog baru, semangat pun baru.. Seingat saya sudah lebih 10 template saya try dan akhirnya ini lah yang terakhir.. esok2 tak tau lagi.. eh, apalah yang saya merepek ni. okey2..back to the title.. saya sebenarnya rasa banyak sangat yang saya nak luahkan di sini. Tapi tak tahu nak mula dari mana. Bila baca2 blog kawan2 yang TTC ni saya sekejap rasa bersemangat, sekejap rasa sedih sangat..

Saya jarang buka cerita pasal TTC ni even kat keluarga sendiri. Kawan2 tu sometimes la. Tapi taklah carita seriusly. Saya bukan apa, takut tiba2 'termenangis' pulak depan diorang bila saya cerita tentang keinginan saya yang membuak-buak untuk mendapatkan zuriat sendiri, macam orang lain...

Kadang-kadang saya malu dan segan bila cerita tentang keinginan saya untuk pregnant. Takut orang cakap saya desperate sangat untuk dapatkan anak. (tapi memang betul pun) Takut orang 'pandang hina' kat saya sebab tak mampu nak berikan zuriat untuk suami. Macam2 yang bermain di fikiran saya. Sudahnya, saya hanya pendam keinginan itu, dan buat2 selamba di depan orang bila persoalan tentang anak diungkitkan. Sedangkan dalam hati hanya ALLAH saja yang tahu.

Suami pulak tak pernah mengungkitkan hal ini. Walaupun saya tahu jauh di sudut hatinya begitu mengharapkan agar saya pregnant dan dapat melahirkan zuriat hasil perkongsian hidup kami. Saya tahu dia pun sedaya upaya bersikap 'cool' setiapkali ditanya tentang anak. Bila orang2 sekeliling mengajukan bermacam macam soalan, saya tak sanggup nak pandang muka suami. Saya kasihankan suami...dan diri saya sendiri...

Seingat saya, saya dan suami belum pernah membincangkan tentang perkara ini dengan lebih detail. Mungkin masing2 mahu menjaga hati agar tak dilanda kesedihan bila mengenangkan nasib diri yang belum dikurniakan rezeki untuk memiliki cahayamata. Namun hari ini saya mulai sedar akan pentingnya untuk kami berbincang dan mengambil langkah agar keinginan itu tercapai.

Saya sedar, perkara ini tidak harus dibiarkan. Oleh itu di tahun 2012 ini saya berazam untuk berusaha bersungguh sungguh.. (hehe mcm nak ambil exam plak) Saya akan kuatkan semangat untuk melalui apa2 sahaja treatment. Sebelum ini ada juga saya mencuba beberapa kaedah rawatan untuk mengatasi masalah period saya yang tak regular. (nanti saya cerita di entri yang lain)

Harap2 semangat saya ni akan terus membara. Terima kasih kawan2 TTC yang bertindak sebagai pendorong. Saya gelar 'kawan2 TTC' walaupun saya belum ada member dalam dunia TTC ni..tapi oleh kerana saya dah baca blog2 diorang, cerita2 dan pengalaman2 diorang, then saya dah anggap kawan2 sayalah..hehe DUNIA KITA SAMA... Lepas ni saya nak follow blog2 diorang dan mudah mudahan pengalaman diorang selama berTTC akan jadi pembakar semangat saya! Yeah!! ;)

2 comments:

hanidatul shatira said...

welkem to ttc world bebeh..hehehe...semoga usaha diberkati dan doa dimakbulkan...

Nur Qaseh said...

Insyaallah.. Amin..
Thanks! :) salam kenal..

Post a Comment