::Kawan-kawanku yg kusayang::

Pelupa vs cuai

Sunday, 22 April 2012
Salam semua,

Hari ini hari Ahad. Hari cuti. Dan saya betul-betul menikmati cuti ini. Hanya duduk berehat di rumah.

Seawal pagi hujan sudah turun mencurah-curah. Macam nak sambung tidur sampai hujan berenti, tapi memikirkan tentang pil dydrogesterone yang saya kena makan setiap pagi maka harus digagahkan jua diri untuk membantutkan niat menyambung tidur.

Hari ini hari keempat saya makan pil itu, dan esok adalah hari terakhir. Tak sabarnya nak tunggu period datang. Rindu benar nak rasa 'nikmat' sebagai perempuan sejati...haha kali terakhir saya period ialah pada bulan November 2011. Lepas tu sampailah sekarang. Dan harap harap ubat ini memberi kesan yang baik pada diri saya. Minggu depan plak keputusan blood test dah boleh diketahui. Huhh...lagi tak sabar!

Oklah nak cerita pasal tajuk entri kali ni. Saya prasan sejak beberapa hari ni saya sangatlah pelupa...dan cuai! Dalam masa 3 hari saya tercicir 3 barang penting dalam hidup. Yang 2 dapat jumpa..alhamdulillah. Tapi yang 1 hilang entah kemana.... :(

First, hari rabu lepas bersamaan dengan hari saya jumpa gynae tu..pagi tu macam biasalah suami hantar pi keja. Sebelum turun dari keta selalunya saya memang akan pakai losyen kat tangan. Dan selalunya saya akan buka cincin dan pakai balik lepas dah siap sapu losyen. Tapi entah macamana hari tu saya betul betul lupa nak pakai balik. Sedap je rasa turun dari keta dan masuk pejabat. Dah la cincin tu saya letak atas riba. Dah sure la terjatuh kat mana-mana kan.

Saya sedar pun dah tengahari. Itupun time tengah pakai losyen jugak kat opis. Baru nampak jari kosong. Panik jugalah sekejap. Cincin tu taklah mahal mana pun, tapi itulah cincin pengikat antara saya dan suami. Banyak sentimental value tu!

Saya pun terus turun bawah, pegi kat tempat suami parking pagi tadi time hantar saya tu. Dalam hati mesti tak jumpa dah. Mesti orang jumpa dan bawa balik.... Tapi saya try jugak cari2. Dan tiba-tiba baru 3 saat saya melilau-lilau, terus mata tertumpu pada cincin kesayangan! Waaa.....senangnya hati. Syukur alhamdulillah.

Itu kejadian pertama. Esoknya ada lagi satu kejadian. Kali ni tercicir duit pulak. Pagi tu saya drive sendiri p opis. Suami tak keja, diorang cuti. Best betul keja diorang ni. Tunggu bos call aje kalau ada projek baru pi keja. Oklah sambung balik citer. Pagi tu kelam kabut jgk pi opis. Suami dengan murah hatinya menghulur nafkah a.k.a duit untuk perbelanjaan seharian. Senangnya hati, terus simpan kat dalam poket seluar slack. Kat dalam poket tu ada handphone jugak. Time nak masuk dalam keta saya keluarkan handphone dan simpan kat tempat duduk sebelah. Pastu terus jalan.

Sampai opis baru perasan poket seluar dah kosong. Terus turun bawah nak p tengok kat dalam keta. Sambil tu call suami nak suruh tengok2 manatau tercicir kat laman rumah. Dan..betul, duit tu memang tercicir kat situ. Nasib baik suami jumpa. Syukur masih rezeki saya.

Now kita pegi ke kejadian ketiga pulak. Inilah kemuncaknya kecuaian saya selama 3 hari berturut-turut. Sebab apa saya cakap kemuncak sebabnya sampai hari ni saya tak jumpa barang milik saya tu. Nak tau apa? Cermin mata saya yang baru saya pakai tak sampai 3 bulan. Baru lagi ok. Saya ni rabun jauh. Akibatnya ia benar-benar mengganggu kehidupan saya sejak semalam.

Ceritanya macam ni. Petang kelmarin saya dan suami pegi rumah parents saya, ada majlis kenduri sikit. Lepas selesai kitorang pun duduk-duduk kat bawah rumah. Ada aktiviti sikit. Suami minta tolong. Sebelum tolong tu saya letak handphone dan cermin mata kat atas keta my dad. Biasanya kalau saya kepanasan saya akan tanggalkan cermin mata sebab rimas.

Lepas habis tolong suami, saya pun baring-baring kat buaian. Bergurau senda dengan adik perempuan saya. Share cerita-cerita lucu. Memang saya happy la time tu. Yelah, jarang-jarang dapat jumpa family memandangkan saya tinggal dgn family suami.

Tak lama lepas tu my dad and my mum nak gi keluar. Saya sempat bye bye lagi diorang time tu. Langsung tak ingat cermin mata masih kat atas keta my dad. Nasib baik handphone dah ambik, itupun sebab asyik bunyi2 aje sebab bateri low.

Setengah jam kemudian suami ajak balik. Saya pun siap-siaplah ambik handbag, handphone, dan.....alamak! Cermin mata takde..saya tanya my sis ada tak dia nampak. Memang dia prasan time saya letak kat atas keta tu tadi. Tapi keta dah takde...means? Alahai....habislah.

Saya pun cari2 kat kawasan laman rumah. Saya tak inform kat husband yang tengah tunggu kat dalam keta. Saya takut kena marah di atas kecuaian saya. Tambah lagi suami yang sponsor buat cermin mata tu. Saya nampak suami tanya my sis. And my sis told him. Saya nampak muka suami serius.

Kitorang pun cari, cari dan terus mencari. Saya call parents tanya diorang. Tapi parents cakap takde. Saya dan my sis pun ikut jejak keta my dad, dari bawah rumah sampai nak keluar jalan besar. Jauh jugakla, berpeluh-peluh jalan kaki. Tapi akhirnya kami pulang dengan hati yang hampa. Sampai rumah suami dan my aunty pun tolong cari sekali sampai nak dekat maghrib.

At last suami ajak balik je. Saya diam aje. Kitorang tak bercakap pun sepanjang jalan. Saya pun harap dia tak akan cakap apa-apa or nak blame saya sebab time tu saya pun dah stress dan mood tak ok. Mungkin suami nampak reaksi muka saya, so dia pun diam aje.

Sampai rumah saya terus masuk bilik, baring dan tutup muka dengan selimut. Nak tenangkan hati sampai tak perasan bilamasa saya tertidur. Saya cuma terjaga bila MIL ketuk pintu dan ajak makan. Time tu baru jam 8.30malam. Adalah dalam 1 jam setengah saya tertidur. Kompom la malam ni tidur lewat.

Bila dah terjaga tu saya rasa saya masih stress. Saya sangat memikirkan tentang cermin mata yang hilang. Sampai terbawa-bawa di dalam mimpi. Saya tengok suami tak ada. Tapi petang tadi sebelum kejadian tu suami ada maklumkan dia ada hal dengan BIL dia.

Bila sorang-sorang dalam keadaan begitu saya rasa dunia saya sunyi sangat. Perasaan saya ketika tu sedih, kecewa dan macam-macam lagi. Saya tak ada mood nak keluar bilik. Bangkit dari katil terus menghadap komputer. Mood nak blogwalking dengan hati yang sayu. Entah kenapa saya rasa sedih sangat-sangat. Mungkin tindakbalas pil dydrogesterone tu sedikit sebanyak mengganggu emosi saya. Yelah esok kan last saya makan ubat, then period akan datang menurut gynae. Dan selalunya tanda-tanda orang nak period kan mood dia swing aje.

Saya pun layan blog Irtiyah. Saya baca kisah treatment dia. Dulu dah baca habis. Tapi kali ni nak baca lagi dari mula sampai habis. Saya baca dengan penuh penghayatan. Apalagi sampai bengkak-bengkak mata saya menangis.

Bila suami balik saya ajak dia makan. Tapi dia tak cakap sepatah pun. Terus tidur. Sedihnya hati... :(

Jam 12.30 am perut lapar pulak. Saya kalau stress memang asyik nak makan aje. Lepas makan, ok sikit. Terus saya mandi nak sejukkan badan, sejukkan hati.

Lepas mandi sambung layan blog. Mata tak ngantuk lagi, kan dah puas tidur tadi.

Akhirnya saya melelapkan mata jam 2.45 am.... @_@


Oklah itu aje setakat ni. Harap2 hari ini dan seterusnya mood akan bertambah baik... Amin.


Jumpa lagi u all...by!










Jumpa pakar..

Thursday, 19 April 2012
Assalamualaikum teman-temanku sekalian,

Rindunya kat u all...lama saya x update blog..baru tadi saya blogwalking kat blog kawan2 ttc. Pada yang dah berjaya pregnant tahniah saya ucapkan. Yang masih berusaha, semoga usaha kita diberkati ALLAH SWT dan dikuatkan semangat. Chaiyok2!!

Hari ini ada cerita saya nak kongsikan. Alkisahnya semalam (18/04/2012) saya dan suami bertemu gynae. Memang out of plan, tapi syukur ALLAH SWT bukakan pintu hati kami untuk memulakan langkah pertama. Betul kata orang, untuk memulakan sesuatu sangat payah dan banyak cabarannya. Kena kuatkan hati!

Kisahnya macam ni..


Pagi tu saya kat ofis buat keja macam biasa. Tengah duduk-duduk tu tiba-tiba terasa sakit kat payudara. Berdenyut-denyut plak tu. Terus tergerak hati nak call suami. Entah tiba-tiba rasa ringan sangat hati nak pegi klinik. Selalunya bukan main liat lagi...hehe

Tengah nak call suami, tiba-tiba...eh, suami plak yg sms dulu. Macam tau-tau je. Terus call and bagitau nak gi klinik. Suami hairan. Kenapa? Ermm...terdiam la plak, tak tau nak cakap apa. hehe saya bagitau suami sambil malu-malu..."tak sedap badan, nak buat pemeriksaan kesihatan.." suami diam. Saya sangat berhati-hati dengan benda-benda macam ni. Bukan apa, tak mahu suami mengharap.......

Tengahari tu kebetulan suami dah habis keja. Saya pun minta excuse nak balik awal.

"Nak pegi klinik mana?" soal suami lagi.
"Klinik biasa jelah..nak gi klinik pakar pun jauh" jawab saya.
"Tak susah pun kalau nak sangat...."

Saya pandang muka suami. Serius ke dia ni...tapi saya pulak macam tak ready. Tak prepare pun. Risau jugak...hairan pun ada. Suami rileks je ajak pegi jumpa doktor pakar. Nak pegi klinik tu pun ambil masa dekat 2 jam. Tapi kalau suami dah serius, kenapa pula saya nak menolak kan? Inilah peluang, dikala pintu hati dah terbuka untuk memulakan langkah pertama....

Saya dan suami singgah di rumah sebelum meneruskan perjalanan. Kitorang lunch, lepas tu rehat2 kejap. Saya dail nombor telefon klinik tu berkali-kali tapi 'number not in use'. Saya ada post entri sebelum ni tentang niat nak buat rawatan kesuburan kat klinik yang sama, tapi tak kesampaian. Entri dia kat sini.

Jam 1.45pm saya dan suami memulakan perjalanan. Sepanjang jalan saya call klinik tu, tapi masih tak dapat-dapat. Saya risau jugak sebab dia ada mention kena buat appointment. Tapi saya tak inform suami, sebab dah separuh jalan. Tawakal ajelah...

Sampai kat klinik jam 3.30pm, terus berurusan kat kaunter. Doktor pulak takde, tengah buat operation kat hospital. So saya dan suami kena tunggu paling lama dalam 2 jam, sebab doktor ada appointment dengan patient dia jam 5.00pm, dan saya punya appointment ditetapkan jam 5.30pm. Nasib baiklah boleh buat appointment hari ni dan terus berjumpa doktor.

Kami dimaklumkan doktor perempuan pun ada, cuma on Saturday aje. Itupun 19hb Mei baru boleh buat appointment dengan dia. Saya ingat nak doktor perempuan aje, senang sikit check itu, check ini. Taklah saya segan sangat. Tapi nak tunggu tarikh tu lama lagi. Lagipun kitorang dah terlanjur sampai kat klinik ni takkan nak patah balik. So at last suami kata on aje. Saya pun dengan redha menurut perintah...hehe

Sementara menanti jam 5.30pm, saya dan suami jalan-jalan sekitar kawasan klinik tu. Lepas 20minit, saya dah letih. Saya ajak suami tunggu kat dalam kereta sambil tengok vcd Iron Man. Best jugak cerita dia, cuma saya tak dapat fokus sebab fikiran saya berserabut. Macamanalah agaknya rawatan yang akan saya lalui. Sambil tu saya susun ayat macam2 bila berdepan dengan doktor tu nanti. Entahlah, tiba-tiba saya nervous!

Lagi setengah jam. Saya tengok handphone berulang kali. Suami steady je tengok citer omputih tu. Saya macam dah tak keruan. Kalau kena ambik darah, sakit ke...kalau kena scan kat miss V, alahai.... Tak putus-putus saya berdoa semoga semuanya ok.

5.30pm! Apasal diorang masih tak hubungi saya? Saya makin resah. Kalau ikutkan hati nak aje balik time tu. Nasiblah suami bagi semangat. Suami suruh jenguk, manalah tahu doktor dah sampai and diorang lupa call. Ternyata sangkaan suami betul. Memang diorang lupa nak call. Hmm...

Lepas dah daftar, saya duduk sebelah suami di ruangan menunggu. Tapak tangan saya dah macam ais batu..nervous sangat! haha saya curi-curi pandang kat suami. Dia duduk bersandar sebelah saya sambil termenung. Sedih pulak rasa hati tengok suami yang terpaksa mengharungi detik-detik begini demi untuk menjadi seorang ayah.... :'(

10 minit kemudian saya dan suami dipanggil masuk. Saya kuatkan semangat dan berlagak 'happy'. Peramah pulak doktor ni. Chinese man. So bermulanya perbualan kami, antara soalannya yang saya ingat:

dah berapa lama kahwin?
bila last period?
pernah pregnant sebelum ni?
pernah buat pembedahan?
ada apa2 penyakit, darah tinggi? kencing manis?
ada alergik pada sebarang ubat-ubatan?

haa..macam tulah lebih kurang. Then doktor minta izin utk scan perut. Sambil scan sambil dia terangkan pasal rahim, adalah saya faham sikit-sikit. Lepas tu saya tanya rahim saya ok ke dok? Yang saya ingat dia tak jawab soalan saya, sebaliknya dia suruh buat urine test. Lepas tu tunggu lagi kat luar dalam 5 minit. Resah juga saya dibuatnya....

Tak lama nurse panggil. Urine test negative (dah agak dah). Doktor pun terangkan pasal jenis-jenis dan masalah-masalah hormon. Saya dan suami dengar aje. Suami lebih banyak bertanya berbanding saya huhu

Doktor bagi pil untuk datang haid, 5 biji dimakan 5 hari. 1 biji sehari. Doktor tanya nak buat ujian darah tak, baru boleh kenal pasti masalah berkaitan dengan hormon saya yang tak seimbang. Saya pandang suami. Suami angguk. Doktor pun ambik darah tak taulah berapa ml..tak sakit pun, jarum dia kecik je...tapi lama sikit proses dia, dalam 2-3 minit..ingatkan 10 saat je hehe demimu wahai zuriatku, yang mama&papa nanti-nantikan.... :')

Dah selesai, alhamdulillah. Doktor tetapkan appointment seterusnya pada 2hb Mei, 2minggu dari sekarang untuk dapat result. Tak sabarnya....mudah-mudahan dipermudahkan oleh ALLAH SWT...amin.

Untuk kos rawatan hari ni:

urine test - rm15
scan - rm35
pil dydrogesterone 10mg (5biji) - rm15
blood test - rm110
= rm175

So start hari ni 19.04.2012, saya makan 1 biji pil sampai last day 23.04.2012. Hope everything will be ok. :)


Jumpa lagi u all...........

Sedihnya................

Tuesday, 27 March 2012
Salam semua,

Hari ini mood: SEDIH, SAKIT HATI, &*(^$@#$$?>!~@!!  :((

Rasanya jarang saya post pasal hati dan perasaan saya yang sedang saya rasakan, lebih2 lagi yg ada kaitan dengan my hubby. Tapi kali ini rasa nak luah sangat sangat, tapi tak tahu nak luah kat sapa.. At last saya pilih blog ni utk berkongsi cerita sedih...

Ini tak ada kaitan dgn ttc. Cuma perasaan saya yg sedikit tercuit dengan attitude hubby :(

Entah kenapa saya merasakan diri saya sejak akhir akhir ini kuat sangat cemburunya....
Apa yang pasti saya bukan cemburu membuta tuli..
Saya dah lama pendamkan, saya biarkan, sehingga saya merasakan diri saya tidak dipedulikan... :((

Saya tak tahu nak cakap macamana. OK lah saya ringkaskan. Hubby saya memang seorang yg peramah (kalau dengan orang lain) tapi dgn saya macam tak berapa nak ramah. Entahlah, saya pun konfius..kadang2 bila on the way pegi keja pun kitorang tak bercakap sampailah saya turun kat depan ofis. Tapi kalau kebetulan time tu ada kawan2 dia tumpang kitorang, bukan main rancak dia berborak, bergurau senda. Sedih tau bila saya fikirkan..

Ni sejak dua menjak ni bukan main lagi dia berkomen komen dengan kawan fb dia (of course it's girl)
Kalau kat rumah, saya buat buat tak kisah. Tapi bila sampai ofis, saya pegi check semua status dan komen2 hubby.... Aduhhh...sedihnya hati saya. :'(

BUKAN SEBAB SAYA JELES KAT POMPUAN TU.....tapi sebab hubby tak pernah buat macam tu kat saya. Gambar saya sikit punya banyak saya upload, satu pun dia tak komen. Tapi gambar pompuan lain dia pegi komen banyak banyak, siap puji puji lagi kecantikan diorang...bergurau senda...macam2 disembangkan, komen komen tu pun punyalah panjang.... Tapi bila saya ajak hubby komen2, sepatah dua je dia balas. Kadang2 tak balas langsung! SEDIH OK!! :(((

Ni baru sikit luahan hati ni. Masih banyak lagi yg terpendam. Tapi tak tahu macamana nak cerita lagi. Saya betul betul tak ada mood nak cakap dengan sesiapa. Sorry la kat kawan ofis, saya tak berapa nak join sembang2 hari ni....

Hmmm....rasa ringan sikit lepas dah tulis semua yg membebankan otak saya. OKlah, thanks kawan2 sebab sudi baca luahan hati saya ni. Nak tenangkan fikiran dulu........ :-|

Jumpa lagi ya!

I'm back!

Friday, 23 March 2012
 


Assalamualaikum  dan salam rindu buat kawan2 ttc ku sekalian,

First of all, saya nak minta maaf sebab dah lama tak update blog. Dah sebulan lebih!! Huh, saya pun tak perasan dan tak sedar serta tak tahu kenapa dan mengapa sampai begitu lama saya tak menulis di dalam blog kesayangan hamba ini... huhuhu

Alasan yang paling femes - SIBUK...hehe entah apalah yang disibukkan sangat. Orang lain pun kerja jugak, tapi still ada masa nak tulis itu tulis ini kat dalam blog diorang.. PM kita pun, Datuk Seri Najib Razak masih ada masa update fb, twitter n website beliau.. Saya yang kerja taklah sefemes mana sampai 'cuti' sebulan dari berblogging..huhuhu misteri2.... ;p

Ok2...sebenarnya saya taklah tak jenguk langsung blog saya ni. Kalau tak sehari sekali, dua hari sekali saya akan bukak blog ni. Saya ikuti cerita2 terkini kawan2 ttc. Saya tahu, dah ramai ttcians yang telah mengecapi nikmat menjadi ibu, ramai juga kawan2 ttc yang dah pregnant. Saya baca post2 terbaru kalian. Saya tumpang gembira. Saya turut merasa kegembiraan yang kalian rasai apabila melihat dua garis pada alat penguji kehamilan. Saya bahagia melihatnya, seolah-olah saya yang berada di tempat kalian melalui hari2 yang manis sepanjang kehamilan ditemani suami yang turut berbahagia dan memberi kasih sayang yang cukup istimewa buat kalian yang akan melahirkan zuriat hasil cinta kasih kalian berdua.... 
*tiba-tiba emo... :(

Ok2..takmau sedih2... So, macamana kehidupan kawan2 semua? Saya doakan kita akan sentiasa di bawah lindunganNya dan keberkatanNya di dalam setiap apa yang kita lakukan.

Saya belum ada apa2 yang nak dikongsikan berkenaan dengan rawatan kesuburan, sebab saya masih tak ambil sebarang rawatan. Saya masih ingin menikmati hari2 dengan keadaan biasa2 saja. Saya nak hepi. Tak mahu terlalu memikirkan tentang anak. Saya tak mahu kerana terlalu menginginkan zuriat, emosi saya terganggu dan tak dapat nak siapkan kerja-kerja seharian. Biarlah buat masa ini saya fokus terhadap kerjaya, suami dan keluarga. 

Walaupun begitu, seandainya esok lusa Allah SWT mengabulkan impian, doa dan harapan saya utk bergelar ibu...maka saat itu adalah saat yang amat istimewa tak ternilai harganya buat saya... Amin.

Dalam pada saya ingin menikmati hidup, dan melupakan seketika hasrat untuk mendapatkan zuriat..namun jauh di sudut hati saya tak putus-putus berdoa.....


Salam sayang buat kalian..bertemu lagi! :)

Mood: MALAS

Saturday, 18 February 2012
Salam,

Hari ini hari sabtu. Hari cuti. Dan saya hanya memerapkan diri di rumah, atau lebih tepatnya di dalam bilik...

Pagi tadi agak lewat saya bangun. Semalam balik dari rumah parents pukul 1 pagi gara2 tunggu suami habis bersembang dengan daddy, sampai tertidur saya di sofa. Bila suami kejutkan ajak balik rumah parents dia, saya lihat jam dah pukul 1 pagi. Suami kalau dah bersembang alamatnya kena sabarlah saya menunggu...

Actually awal pagi tadi saya dah bangun. Lepas ke toilet, saya baring semula. Tengok suami tengah best berselimut, saya pun join sekali...hihi sampailah saya terbangun dan tengok jam dah pukul 10 pagi.

Sepanjang hari ni saya sangat MALAS. Nak basuh baju pun rasa malaaaaas sangat. Niat hati nak buat itu, nak buat ini..tapi sangat tak ada mood. Rasa nak baring memanjang sambil peluk bantal...hehehe

Oklah, saya nak 'manjakan' diri satu hari ni. Dah 2 minggu berturut-turut asyik busy memanjang, so hari ini saya nak rehatkan diri puas2..... :)


Kepada kawan2 ttc sekalian, selamat berhari sabtu....hehe

Jumpa lagi!

Positif........

Thursday, 16 February 2012
Salam semua,

Apa khabar kawan2 ttc sekalian.. hope semuanya sihat disamping suami tercinta ;) Wahh...suspen je baca tajuk entri tu kan? apa dia? upt positif? hehe taklah....belum lagi. Insyaallah akan datang.. AMIN.

Rasanya lama benar saya tak update blog ni kan..dah banyak cerita kawan2 yg saya tak dapat ikuti..harini baru ada masa skit, sempatlah tadi saya jalan2 dari satu blog ke blog yg lain.. Bila singgah kat blog kawan2 yg ada berita gembira, saya turut tersenyum lebar.. hepi bila kawan2 hepi. tapi bila baca plak cerita kawan2 yg emo2..saya pun emo skali..huhuhu

Sekarang ni saya macam hari2 yang sudah, still tak ambik apa2 treatment. Niat nak ke klinik pakar hari tu pun masih belum terlaksana. Bila saya free, suami pulak busy..bila suami free, saya pulak yg kena siapkan byk keja. Hmm..macam tulah selalunya. Sekarang ni pun tgh update blog kat opis..hehe

Walaupun saya tak ambik apa2 treatment, tapi tak bermakna yg saya melupakan terus dunia ttc ni. Dalam hati setiap hari, setiap saat pasti akan terlintas di fikiran tentang anak. Tapi saya sekarang lebih RELAKS. Tak macam dulu, hari2 emosional.

Macam saya cakap kat entri sebelum ni, saya nak enjoy!! ;) Saya nak jadi orang yg positif. Ceria meniti kehidupan..ceh! Saya dah praktikkan. Dan ternyata berhasil! Saya dah tak stress macam dulu.

Sekarang ni kehidupan saya dikelilingi dengan keluarga yang menyenangkan, kawan2 yang menghiburkan..dan suami yg memahami. Saya harus bersyukur dengan semua nikmat yang Allah SWT  kurniakan pada saya..syukur alhamdulillah.

Insyaallah jika diberi keizinan untuk saya memulakan rawatan kesuburan, tentu sekali saya tidak akan mempersiakannya..saya menanti saat itu.

Apapun, kepada kawan2 ttc di luar sana, LET'S BE POSITIVE ok! Bila kita hepi, 'organ2' dalaman pun (termasuk hormon) akan hepi sama..so diorang senang nak buat keja kat dalam badan kita, betul tak..hehehe

Sampai di sini dulu ya...jumpa lagi di entri seterusnya.......... love u all ;)

Let's enjoy!!

Thursday, 9 February 2012
Salam semua,

Baru hari ini ada masa nak update blog. Asyik sibuk memanjang je..entahlah apa yang saya sibukkan..hehe tapi memang sejak beberapa hari ini saya sentiasa ada kerja untuk disiapkan. Lebih-lebih lagi bila saya dah mula kerja. Ala kerja kat satu organisasi..tak perlulah saya sebutkan. Cuma yang saya nak nyatakan kerja saya tu berkaitan dengan politik sikit... Tapi saya ni bukanlah politician, sekadar membantu sikit2 je.

Tapi kat blog ni saya takkan sentuh pasal 'kerja politik' saya tu. Kita lupakan pasal tu ye. Cuma apa yang saya nak tulis kat sini ialah tentang 'istirehat saya dari dunia rawatan'... Ceh, rawatanlah sangat kan. Saya akui treatment yang saya ambik cuma kategori ringan2 aje. Contohnya sesi berurut dan makan ubat2 tradisional selain pil-pil hormon. Belum sampai ke tahap IUI atau IVF.. (sebab kos dia tinggi). Tapi kira treatment jgk la kan..

Oklah berbalik tentang 'istirehat' yang saya sebutkan tadi, ya..memang saya sedang bercuti dari mendapatkan rawatan kesuburan. Tapi bukanlah bererti saya melupakan terus niat saya berTTC.

Apa yang saya maksudkan ialah saya nak ENJOY this life! Saya nak menikmati hari-hari yang indah dan menyeronokkan tanpa tekanan. Sebab tu jugaklah saya jarang2 update blog, tapi selalu  melawat blog kawan2 TTC.

Saya nak lupakan seketika kesedihan itu. Kesedihan mengenangkan nasib diri yang belum dikurniakan zuriat. Saya nak lupakan dulu semua itu dan saya nak jadi seperti diri saya yang dulu. Ceria, happy, enjoy dengan suami dan kawan2, tengok wayang, shopping... ;) Saya tak mau sedih2. Saya tak mau stress.... Saya nak happy!! :D

Lagi satu, saya dah tak berpantang dari segi pemakanan. Saya makan apa yang saya nak makan. Haha sounds terrible kan. Tapi saya masih beringat ingat la.. Kalau dulu sewaktu saya mengamalkan ubat ubatan tradisional tu saya 'dilarang' makan cili, udang, ketam, belacan, madu dan nenas. Tapi sekarang siap order tomyam seafood..huhu  *saya memang suka makanan pedas-pedas!

Bukan apa, cuma saya terfikir... Dahlah saya stress tak pregnant2.. Ditambah lagi stress tak dapat makan itu ini. Jadi, daripada saya terus terusan stress, kini saya mengambil keputusan untuk 'beristirehat' seketika dan menikmati hidup ini dengan happy... oh yeahhh!! :)

Lawatan sia-sia

Thursday, 2 February 2012
Salam semua,

Apa khabar hari ini? semoga semuanya baik-baik saja.

Saya belum ada cerita pasal treatment. Hari tu saya dan suami ada pegi klinik pakar, macam saya cerita kat penghujung entri ini. Tapi malangnya setelah hampir 2 jam perjalanan kami dari pekan menuju ke ibu kota, dan setengah jam pusing2 cari klinik tu..akhirnya sia-sia sebab klinik tu TUTUP masa tu.. Alahai tak ingat pulak cuti tahun baru cina. Tapi takkanlah cuti sampai seminggu.. Oh.. doktor cina. Patut pun.. sabar jelah...

Dan kami pun membawa hati yang kecewa sepanjang jalan balik ke rumah. Nampaknya langkah pertama yang diambil belum berhasil. Takpe kami akan cuba lagi dan akan terus berusaha ke arah itu.. Insyaallah.

Beberapa hari ini saya agak sibuk. Walaupun saya fulltime housewife, tapi saya terlibat dengan 1 organisasi sebagai ahli jawatankuasa. Kira saya ni volunteer worker, buat keja2 amal/kebajikan dan selalu gak join kursus/seminar anjuran organisasi tu. So baru2 ni saya mengikuti satu kursus selama 3 hari. Insyaallah start bulan depan saya akan fulltime duduk ofis. Sain kontrak je.

Apapun saya akan sedaya upaya luangkan masa untuk update blog saya ni. Keep in touch ye kawan2 yang ku sayangi. :)


Jaga diri, jaga kesihatan. Till then..c ya! :)

Pendam rasa...binasa

Sunday, 29 January 2012
Salam semua..

Alahai rindunye kat kawan2 TTC ku sekalian... Dekat seminggu jugak saya tak update blog ni. Asal nak update ada je halangan. Cobaannn....

Wah..kawan2 TTC pun dah banyak share ceritera diorang. Tak sabar rasanya nak blogwalking..

Sebenarnya sebab utama saya tak dpt nak update blog ialah emosi saya tak berapa stabil. Saya nak share sikit kat sini tentang cerita sedih saya minggu lepas..

Saya ni bukanlah jenis yg berterus terang, even kat suami sendiri. Tak tahulah kenapa saya suka pendam perasaan. Bila ada rasa tak puas hati saya jarang luahkan. Saya simpan aje kat dalam hati. Bukan apa, saya malas nak gaduh2. Tapi rupanya kesan daripada sikap sebegini memang bahaya..so jgn amalkan ye kawan2.

Nak dijadikan cerita, terjadilah sedikit salah faham antara saya dan suami. Ala, punca dia perkara kecik je. Tapi tiba2 jadi besar dan meletup macam gunung berapi.

Saya tak dapat nak kawal perasaan dah. Saya memang maklum perangai suami yg cepat panas... (tp cepat jugak sejuknya).

Kalau sebelum ni bila dia naik angin saya diam aje, sebab saya tau lepas 5 minit dia akan datang pujuk saya dengan mood dia yg dah ok. Cuma malam tu, bila dia dah naik hot saya pun hot sama. Macam api yg marak then kena simbah lagi ngan petrol. Saya yg memang tengah takda mood, (sebab ketika tu saya sedang baca blog2 TTC yg kebanyakannya cerita sedih2 drpd golongan mcm saya ni) tak sedar yg saya sedang melontarkan kata2 yg tak sepatutnya kpd suami saya.. Ya Allah, ampunkan aku!

Dada saya berdegup kencang, airmata dah jatuh berlinangan, suara saya tersekat-sekat.. Sampai saya hampir tak boleh nak bertutur sebab dah teresak-esak. Saya pasti PIL dan SIL yg bersebelahan bilik dgn kami dapat mendengar pertengkaran antara saya dan suami. Memang time tu saya dah tak fikir pasal segan, malu dan sewaktu dgnnya. Saya betul2 mengikut kata hati yg lebih kepada bisikan syaitan... Astaghfirullah!

Suami kata dia nak hantar saya ke rumah parents saya malam tu jugak. Saya pun dah nekad kemas beg baju saya. MIL masuk dalam bilik dan pujuk2 saya. Tapi saya dah tak hiraukan MIL. Saya betul2 nekad.

Lepas 5 minit suami dah sejuk. Dia diam aje. Tapi saya masih panas. Saya paksa dia hantar saya balik rumah parents. Banyak kali saya paksa, tapi dia tak hiraukan saya. MIL pulak tak henti2 pujuk saya. Ya Allah inilah MIL paling baik kat dunia...

Hati saya masih sedih. Saya nangis puas2. Saya paksa jugak suami keluar, kalau dia taknak hantar saya balik rumah parents pun, at least kami kena keluar jugak ke mana pun lantaklah. Banyak benda yg saya nak cakap. Suami pun ikut tp marah2.

Kerusi belakang kereta dah penuh dgn kain baju saya. Sepanjang perjalanan saya tak henti2 meluahkan perasaan saya (yg saya pendam2 dari dulu). Kiranya dia meletup sekali la time tu..huh! Bahaya betul pendam2 rasa ni kan, sekali meletup mcm gunung berapi. Saya masih ingat volume suara saya ketika itu memang full sebab saya bercakap terjerit-jerit. Bila suami kuatkan suara, saya lagi kuatkan suara dari dia. Saya redha je kalau penampar hinggap kat pipi saya...dan ya, hampir2!! Nasib baik tak kena terus..huhu :(

Lama2 suami diam,(dah sejuk la tu) saya je yg pot pet pot pet..dan keluarlah isu ANAK..saya cakap sambil menangis macam budak2! Malunya kalau ingat time tu, teruknya saya! Sampai saya tak perasan yg simpang ke rumah parents dah lepas...suami terus aje memandu.

Lepas dah habis luah semua, saya pun rasa penat. Otak saya penat, badan saya penat. Saya rasa lemah sangat. Kepala pening dan sakit macam nak pecah. Mata dah bengkak2 akibat menangis. And lastly...suami pun pujuk saya dengan suara yg rendah dan lembut.  Saya pun tak jadi balik rumah parent. Suami tak bagi...

Sampai je kat rumah PIL terus saya masuk bilik dan baring atas katil. Suami pula termengah-mengah mengangkat beg baju saya, simpan kat dalam bilik semula. Bayangkan 1 bagasi besar, 1 bakul besar dan beg plastik besar..

Bila saya ingat semula 'drama' saya dan suami tu lucu jgk rasanya. Macam budak2. Sudahnya, saya jugak yg letih nak kemas balik pakaian yg saya dah selongkar dan masukkan ke dlm bagasi tu. Suami pun senyum2 je tengok. Sampai hari ini saya masih segan dengan family suami. Entah apalah persepsi diorang kat saya sekarang. Dulu saya bukan main pendiam, lemah lembut, cakap pun tak pernah tinggi suara...tapi lepas insiden malam tu agak2 apa diorang fikir tentang saya? Hmm....padan muka saya! Tulah ikutkan sangat kata hati.

Saya perasan beberapa hari ni suami ada sedikit perubahan. Cara dia cakap, cara dia bergurau..macam best aje hehe...dia dah tak cepat hot mcm dulu.

DAN...

Yang paling menyentuh hati saya ialah bila keesokan hari selepas insiden itu, suami ajak saya ke klinik pakar untuk rawatan kesuburan. Kami ke ibu kota yg mengambil masa 1 jam setengah dari tempat tinggal kami memandangkan di kawasan kami tak ada klinik pakar. Saya dah nampak kesungguhan suami pulak dalam ikhtiar kami mendapatkan ANAK.

Hikmah disebalik kejadian malam itu ialah kami lebih terbuka dalam membicarakan soal anak dan tentang rawatan kesuburan.Sebelum ini saya dan suami tak pernah membincangkannya dgn lebih serius.

Saya akui keadaan saya pd malam itu yg tak dapat kawal emosi dan tindakan tu sedikit sebanyak dipengaruhi oleh situasi kami yg blm dikurniakan zuriat setelah hampir 5 tahun bersama...

Apa yg ingin saya tekankan di sini buat kawan2 sekalian ialah:
- jgn suka pendam perasaan. kalau ada tak puas hati luahkan walaupun menyakitkan. luahkan secara berhemah la ye!
- kawal perasaan ketika marah. sebaiknya berikan ruang kpd pasangan utk pulihkan perasaan dan keadaan.
- soal utk mendapatkan anak memang membuatkan kita berasa sangat tertekan. namun jgn campur adukkan dengan masalah lain.
(untuk renungan diri sendiri juga)

Sorry ya entri kali ini panjang berjela...sekadar luahan perasaan..
Dah luah, ringan sikit rasanya..hehe
Thanks sudi membaca.

Jumpa lagi......

Terus berharap

Monday, 23 January 2012


Salam semua,

Di kesempatan ini saya nak ucapkan Happy Chinese New Year buat warga Malaysia yg meraikannya. Sana sini terdengar mercun berdentum dentam. Begegar jugak jantung dibuatnya.. Tapi terus saya terbayangkan sebuah keluarga besar sedang berkumpul dalam suasana gembira menyambut perayaan itu. Terus pulak teringat time raya...tak sabar nak sambut raya...hehe

Hari ni macam biasa just duk rumah menjalankan rutin seharian dan melalui pelbagai situasi. Riuh rendah suara tangisan budak2 kat rumah ni kadang2 mengganggu emosi saya. Yelah, cuti tahun baru cina kan, semua ipar duai ada kat rumah ni dengan anak2 kecil masing2. Ditambah lagi adik ipar saya yg baru melahirkan baby girl minggu lepas. Awal pagi lagi dah dengar tangisan baby macam baru lahir. Emmm...sayu hati saya mendengarnya...

Bila semua family suami dah kumpul2, saya jadi segan untuk turut serta. Masing2 menggendong dan melayan karenah anak masing2. Saya pulak....tengok jelah. Buat2 senyum, padahal dalam hati dah tak keruan. Jauh di sudut hati, saya CEMBURU.......sob...sob.. :'(

Kadang2 pulak saya 'memerapkan' diri di dlm bilik. Saya sebolehnya tak mahu berhadapan dgn situasi itu, dimana saya hanya jadi penonton kebahagiaan mereka bersama anak2.

Oleh kerana itulah saya lebih senang untuk berada di dalam bilik menenangkan perasaan saya yg gundah gulana dek memikirkan nasib diri yg masih belum mengandung2 lagi..tapi saya terima semua ini sebagai ujian dari ALLAH SWT. Saya redha.

Mungkin belum sampai waktunya. Tapi siapa sangka esok lusa....?
ALLAH SWT itu maha adil dan penyayang. Saya tak akan pernah berhenti berharap...