::Kawan-kawanku yg kusayang::

Lawatan sia-sia

Thursday, 2 February 2012
Salam semua,

Apa khabar hari ini? semoga semuanya baik-baik saja.

Saya belum ada cerita pasal treatment. Hari tu saya dan suami ada pegi klinik pakar, macam saya cerita kat penghujung entri ini. Tapi malangnya setelah hampir 2 jam perjalanan kami dari pekan menuju ke ibu kota, dan setengah jam pusing2 cari klinik tu..akhirnya sia-sia sebab klinik tu TUTUP masa tu.. Alahai tak ingat pulak cuti tahun baru cina. Tapi takkanlah cuti sampai seminggu.. Oh.. doktor cina. Patut pun.. sabar jelah...

Dan kami pun membawa hati yang kecewa sepanjang jalan balik ke rumah. Nampaknya langkah pertama yang diambil belum berhasil. Takpe kami akan cuba lagi dan akan terus berusaha ke arah itu.. Insyaallah.

Beberapa hari ini saya agak sibuk. Walaupun saya fulltime housewife, tapi saya terlibat dengan 1 organisasi sebagai ahli jawatankuasa. Kira saya ni volunteer worker, buat keja2 amal/kebajikan dan selalu gak join kursus/seminar anjuran organisasi tu. So baru2 ni saya mengikuti satu kursus selama 3 hari. Insyaallah start bulan depan saya akan fulltime duduk ofis. Sain kontrak je.

Apapun saya akan sedaya upaya luangkan masa untuk update blog saya ni. Keep in touch ye kawan2 yang ku sayangi. :)


Jaga diri, jaga kesihatan. Till then..c ya! :)

3 comments:

Siti said...

Salam Qaseh,
takpe, awak jangan lah sedih2..
anggap ini cabaran untuk memulakan rawatan..
kita sedang diuji...
tapi yang penting, jangan give up..
teruskan berusaha tau :-)

Nur Qaseh said...

Walaikumsalam Siti,

Tulah..semangat dah membara kan, tiba2 byk halangan plak..betul kata awak, saya akan anggap ini sebagai satu cabaran..selagi kita hidup, kita takkan berhenti diuji....

Thanks Siti..jom kita sama2 berusaha dan jgn pernah mengalah... yes, caiyok2!! :)

ellyah_dieya886 said...

hye klinik Apa Tu Ar?

Post a Comment