::Kawan-kawanku yg kusayang::

Tahun baru, semangat baru..yeahhh!!

Tuesday, 8 January 2013
Assalamu'alaikum...

Syukur masih dipanjangkan umur. Masih bernafas. Masih menikmati kehidupan seperti biasa.
Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru!!
Hari ini sudah hari ke-8 kita di tahun baru. Mudah-mudahan semua perancangan berjalan dgn lancar. Amin..

Bila masuk tahun baru, hati pun jadi tidak menentu. Usia perkahwinan semakin meningkat. Orang sibuk bertanya itu ini. Perasaan pun jadi terusik. Belum ada lagi? Belum berisi? Bila lagi?......... -.-'

Macam biasalah kan. Tiap-tiap tahun soalan yang sama. Tak apalah. Sudah lumrah. Allah swt belum beri rezeki, nak buat macamana...

Di malam tahun baru, ketika orang sedang rancak menanti detik 12 malam, ketika masing-masing dengan harapan dan azam baru, ketika itu jugalah saya bersendirian di kamar. Suami ketika itu belum pulang. Entah kenapa tiba-tiba airmata saya mengalir. Oh...mungkin ketika itu saya juga memasang angan-angan seperti manusia lain, memasang harapan dan impian.

Saya begitu berharap sambil berdoa agar impian saya untuk hamil dan melahirkan zuriat yang soleh dan solehah dimakbulkan Allah swt.... Kini saya mengerti bagaimana perasaan seseorang yang betul-betul berharap sehingga menitis airmatanya tanpa disedari....

ermm... emosi la pulak... hehe :')

Ok.. ok.. Tak mau sedih-sedih. 

Di awal tahun baru ini saya memulakan langkah pertama berjumpa doktor sebagai usaha untuk mendapatkan cahayamata. Doktor ni doktor biasa saja, bukan gynae. Yang penting dia doktor wanita. Suami suggest agar saya ke klinik yang biasa kami kunjungi. Tapi kali ini saya memilih untuk ke Polyclinic saja, sebab saya nak berurusan dengan doktor wanita. Selesa sikit kan? :)

So pada 03.01.2013 bersamaan dengan hari Khamis, saya ditemani oleh kawan satu ofis yang setia bersama saya dari jam 3petang sampailah dekat jam 5.30 petang. Kebetulan ramai pesakit.

Bila dah sampai giliran tiba-tiba rasa nervous. Alahaii...ntah apa-apa la..hehe sejuk mata memandang doktor tu. Ayu bertudung labuh, bersopan santun dan sangat berbudi bahasa.

Saya pun memulakan cerita.. bla bla bla....dan bla..bla.... Tapi saya lupa plak nak tanya nama doktor tu..huhu

Doc suggest supaya saya scan perut. Itulah yang semolek-moleknya, kata saya dalam hati. ;)

Time scan ni perasaan saya tenang saja, tak macam sebelum2 ni. Oh..doktor perempuan..patutlah!

Doc tunjuk kat saya yang mana satu kantung rahim, bladder dan lain2..saya lupa. hehe

Semua ok, cuma rahim@peranakan saya macam 'terkebawah' katanya. Mungkin dia maksudkan rahim jatuh kot. Ke rahim terbalik? Saya kurang pasti. Tak berapa faham apa yang doktor terangkan. Katanya lagi dinding rahim saya nipis, sebab tu susah nak lekat.

Saya bagitau yang saya ada PCOS. Tapi katanya cyst saya sikit. Tak macam pesakit PCOS. Alhamdulillah..mungkin berkat makan Metformin.

Doktor bagitau yang saya tak perlu risau pasal rahim saya yang macam 'tak normal' tu, sebab belum dikategorikan sebagai penyakit yang teruk. Syukur. dan yang buat saya terharu doc tu cakap, "kes awak ni taklah berat sangat, memang boleh mengandung..." :')

Macam hepi je dengar ayat tu. Tu belum lagi dengar ayat "awak disahkan mengandung.." Ya Allah, macamanalah perasaan saya time tu ek....mesti nangis2....huhuhu

Ok gambar kat bawah ni adalah 3 jenis pil yang saya perlu makan.



1. Norkutin 5mg - pil berwarna hijau, 25 biji semuanya..dimakan selama 5 hari, 1 hari 5 biji. pil ni untuk turun darah @ period.

2. Rigevidon - pil berwarna putih, sejenis pil perancang..tujuannya mengatur haid agar tetap setiap bulan..ada 21 biji semuanya..dimakan pada hari pertama period..1 hari 1 biji.

3. EPO - dikenali sebagai Evening Primrose Oil..orang2 ttc memang tahu benda ni..banyak khasiatnya, salah satu untuk mengatur haid, mencantikkan kulit dan yang penting menebalkan dinding rahim..bila dinding rahim tebal, senanglah janin nak lekat.. In sha Allah.


Saya start makan pil Norkutin tu pada 3hb, dan last semalam iaitu 7hb. So sekarang saya tengah tunggu Miss P memunculkan diri. Tanda-tanda period tu dah ada. Salah satunya rasa tak sedap badan, terutama kat pinggang dan ari-ari. Mood pun cepat berubah. Tiba-tiba rasa sedih, pastu tiba-tiba nak marah-marah orang. Kesian my hubby.....huhuhu

Ya Allah...berkatilah usaha hambaMu ini. Mudah-mudahan rezeki itu akan tiba... Amin.

Buat u all, jaga diri jaga kesihatan ye....jumpa lagi... :)))


Salam.

6 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

semoga ada berita baik tahun ni :)

mama munif said...

moga usaha nur kali ni mmbuahkan hasil,dan semoga kita pregnant ramai2 thun ni..:)

Nur Qaseh said...

Mrs. Yana ~ Amin..amin...tima kasih... ^_^


mama munif ~ itulah yg saya harapkan.. Amin..jom tingkatkan usaha..caiyok2!! ;)

dhia said...

InsyaAllah... Ameen.. samalah untuk kami yang TTC ni.. semoga ada rezeki tahun 2013

Nur Qaseh said...

dhia ~ In Sha Allah... Amin.. harap2 begitulah hendaknya.. :)

Anonymous said...

Salam..hi awk.sy pon sdg ttc.jum sembang n share about ttc ni.wasap me 01121255676.

Post a Comment