::Kawan-kawanku yg kusayang::

Tak terduga

Sunday 13 January 2013
Syukur, akhirnya period jugak... hari sabtu 12hb.. Maknanya, 5 hari selepas makan ubat.

Dah tak risau lagi :)

Tapi yg tak boleh lupa sampai sekarang ialah.... tak sedar darah keluar  -.-'

Time bangun pagi blm ada lg..so saya pun dengan penuh semangat memakai seluar jeans kaler putih dan blouse kaler oren untuk menghadiri mesyuarat.

Meeting start jam 11pg. Habis jam 2ptg. Lebih kurang 15minit sebelum habis meeting saya gi toilet. Time tu darah period tak keluar lagi.

Masa nak balik tetiba jumpa plak member rapat, then dia ajak minum2. Lepas sembang2 saya pun minta diri balik rumah. Badan letih semacam je.

Sampai rumah time nak salin baju.. Ya Allah.. dah 'tembus' kat seluar jeans. Dahlah seluar kaler putih. Terus terbayang time saya duduk minum2 dgn member tadi.. Kalau lah ada orang nampak... MALUNYA!!!

Terus bad mood! Hmm....

Malam lebih kurang jam 10 saya telan pil Rigevidon dgn EPO sekali. Dua2 rasa cam manis2.

Mudah-mudahan semangat ini tak pernah luntur dalam mencapai impian itu......

Amin.

Tak datang lagi...

Friday 11 January 2013
Salam...

Ok hari ni dah hari keempat selepas saya last makan pil untuk period. Tapi still tak period lagi...

Dulu dah berapa kali telan ubat turun darah, paling lama after 3 hari Miss P dah datang.
Yang ni plak, risau saya dibuatnya...

Ke memang macam tu?

Maybe lah kot.. sebab sebelum2 ni saya cuma telan sebiji pil sehari..yang skrg ni plak kena telan 5biji sehari.

Saya sebenarnya tak sabar menunggu kehadiran Miss P. Rindulah katakan, lama dah tak kunjung tiba..

2 hari selepas habiskan pil norkutin tu ada juga terasa tanda2 nak period, macam sakit pinggang, sakit kat ari-ari... Tapi besoknya dah tak rasa apa2 dah. Hmm...bingung dibuatnya.

Apapun wait and see ajelah kan.. Entah2 besok2 datanglah tuu..

Tapi kalau memang tak datang jugak sampai seminggu kena jumpa doktor.

Tapi kan...

Kalaulah betul2 tak datang atas "sebab2 tertentu" sampai 9 bulan.........wahhh...


*Ok jom berangan.. ;)



Jumpa lagi.....take care u all!!!

Tahun baru, semangat baru..yeahhh!!

Tuesday 8 January 2013
Assalamu'alaikum...

Syukur masih dipanjangkan umur. Masih bernafas. Masih menikmati kehidupan seperti biasa.
Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru!!
Hari ini sudah hari ke-8 kita di tahun baru. Mudah-mudahan semua perancangan berjalan dgn lancar. Amin..

Bila masuk tahun baru, hati pun jadi tidak menentu. Usia perkahwinan semakin meningkat. Orang sibuk bertanya itu ini. Perasaan pun jadi terusik. Belum ada lagi? Belum berisi? Bila lagi?......... -.-'

Macam biasalah kan. Tiap-tiap tahun soalan yang sama. Tak apalah. Sudah lumrah. Allah swt belum beri rezeki, nak buat macamana...

Di malam tahun baru, ketika orang sedang rancak menanti detik 12 malam, ketika masing-masing dengan harapan dan azam baru, ketika itu jugalah saya bersendirian di kamar. Suami ketika itu belum pulang. Entah kenapa tiba-tiba airmata saya mengalir. Oh...mungkin ketika itu saya juga memasang angan-angan seperti manusia lain, memasang harapan dan impian.

Saya begitu berharap sambil berdoa agar impian saya untuk hamil dan melahirkan zuriat yang soleh dan solehah dimakbulkan Allah swt.... Kini saya mengerti bagaimana perasaan seseorang yang betul-betul berharap sehingga menitis airmatanya tanpa disedari....

ermm... emosi la pulak... hehe :')

Ok.. ok.. Tak mau sedih-sedih. 

Di awal tahun baru ini saya memulakan langkah pertama berjumpa doktor sebagai usaha untuk mendapatkan cahayamata. Doktor ni doktor biasa saja, bukan gynae. Yang penting dia doktor wanita. Suami suggest agar saya ke klinik yang biasa kami kunjungi. Tapi kali ini saya memilih untuk ke Polyclinic saja, sebab saya nak berurusan dengan doktor wanita. Selesa sikit kan? :)

So pada 03.01.2013 bersamaan dengan hari Khamis, saya ditemani oleh kawan satu ofis yang setia bersama saya dari jam 3petang sampailah dekat jam 5.30 petang. Kebetulan ramai pesakit.

Bila dah sampai giliran tiba-tiba rasa nervous. Alahaii...ntah apa-apa la..hehe sejuk mata memandang doktor tu. Ayu bertudung labuh, bersopan santun dan sangat berbudi bahasa.

Saya pun memulakan cerita.. bla bla bla....dan bla..bla.... Tapi saya lupa plak nak tanya nama doktor tu..huhu

Doc suggest supaya saya scan perut. Itulah yang semolek-moleknya, kata saya dalam hati. ;)

Time scan ni perasaan saya tenang saja, tak macam sebelum2 ni. Oh..doktor perempuan..patutlah!

Doc tunjuk kat saya yang mana satu kantung rahim, bladder dan lain2..saya lupa. hehe

Semua ok, cuma rahim@peranakan saya macam 'terkebawah' katanya. Mungkin dia maksudkan rahim jatuh kot. Ke rahim terbalik? Saya kurang pasti. Tak berapa faham apa yang doktor terangkan. Katanya lagi dinding rahim saya nipis, sebab tu susah nak lekat.

Saya bagitau yang saya ada PCOS. Tapi katanya cyst saya sikit. Tak macam pesakit PCOS. Alhamdulillah..mungkin berkat makan Metformin.

Doktor bagitau yang saya tak perlu risau pasal rahim saya yang macam 'tak normal' tu, sebab belum dikategorikan sebagai penyakit yang teruk. Syukur. dan yang buat saya terharu doc tu cakap, "kes awak ni taklah berat sangat, memang boleh mengandung..." :')

Macam hepi je dengar ayat tu. Tu belum lagi dengar ayat "awak disahkan mengandung.." Ya Allah, macamanalah perasaan saya time tu ek....mesti nangis2....huhuhu

Ok gambar kat bawah ni adalah 3 jenis pil yang saya perlu makan.



1. Norkutin 5mg - pil berwarna hijau, 25 biji semuanya..dimakan selama 5 hari, 1 hari 5 biji. pil ni untuk turun darah @ period.

2. Rigevidon - pil berwarna putih, sejenis pil perancang..tujuannya mengatur haid agar tetap setiap bulan..ada 21 biji semuanya..dimakan pada hari pertama period..1 hari 1 biji.

3. EPO - dikenali sebagai Evening Primrose Oil..orang2 ttc memang tahu benda ni..banyak khasiatnya, salah satu untuk mengatur haid, mencantikkan kulit dan yang penting menebalkan dinding rahim..bila dinding rahim tebal, senanglah janin nak lekat.. In sha Allah.


Saya start makan pil Norkutin tu pada 3hb, dan last semalam iaitu 7hb. So sekarang saya tengah tunggu Miss P memunculkan diri. Tanda-tanda period tu dah ada. Salah satunya rasa tak sedap badan, terutama kat pinggang dan ari-ari. Mood pun cepat berubah. Tiba-tiba rasa sedih, pastu tiba-tiba nak marah-marah orang. Kesian my hubby.....huhuhu

Ya Allah...berkatilah usaha hambaMu ini. Mudah-mudahan rezeki itu akan tiba... Amin.

Buat u all, jaga diri jaga kesihatan ye....jumpa lagi... :)))


Salam.